Pages

26 June 2010

alkisah....

iskhhh..cepat jer masa berlalu..daah esok keja...penat keja kat opis pun tak abis lagi dah nak kena hadap lagi...
arini aku masak...dah lama rasanya x masak ni..just simple2 jer...sup sayur fav kakak...goreng ikan dan kari ikan...dah lama tak mask kari ni...sesekali layan jugak...hahaha
semalam berjaya basuh semua baju dan cadar2 yg najla kencing bocor..
arini aku berjaya lipat dan simpan semua baju...
dah siap iron baju aku dan hubby dan siapkan baju2 diorg ke umah BS...
malam masak nasi goreng cina jer..resipi istimewa aku fav Najla dan abah dia...

masa tengah siapkan N3 ni iris di jaga sebentar oleh abah..abah bg mama chance siapkan N3 ni..thanks Abang..
najla pula tgh syok layan nasi goreng...2 pinggan dah dia tambah...

just nak tempek gmbr diorg masa ari khamis mkn kat mamak...


adik yg sedap tido..


najla layan nassi lemak...

muka tengah tunggu makanan..






perkongsian....

minggu lepas anak buah aku anas
ada minta aku buat N3 pasal EBM...meh sini kawe nak citer....

iris aku bekalkan kat BS 3oz x 4bekas dadih tu....means 12 oz la....
sebelum hantar ke BS dalam kul 7 camtu aku bagi direct BF kat dia...samapi opis dlm kul 8 pg brakfast..pas abis Breakfast amik suplement pas tu rilek sat...sambung buat keja...agak2 dlm kkul 10 lebih aku p pump kat surau..masa ni takde dpt byk sgt dlm 2oz jer...ok la dr takdekan..pumping yg seterusnya dlm kul 2 cmtu..masa ni dpt byk la jgk 4oz. AMARAN : JGN TUNGGU BREAST BENGKAK BR PAM. salah konsep ni...
balik umah kul 5 bg dirct bf kat iris sampai mlm....tgh mlm bgn lak buat pumping lgi..so stok2 ni la aku bw g umah BS.ari weekend adalah ari untuk buat EBM...so far EBM iris cukupla....

cara memanaskan susu adlah dengan rendam bekas susu dlm air panas..jgn sesekali panaskan dgn microwave atau direct panas dgn api..boleh menghilangkan zat susu ibu tu...

EBM kalau simpan kat peti ais atas leh tahan 3 bulan..klau yg kat bwh tu 4-5 ari..kalau suhu bilik 4-6 jam...
buat masa ni aku belum ada ice pack lagi...nanti br nak beli...

so far alhamdulilah rezeki utk akun nyusukan iris tu ada..aku hrp dpt BF dia sampai 2 taHUN..fully...
bg ibu2 yg nak nyusukan anak tu..hati kena kuat..jgn patah semangat kalau susu merundum...takpe..byk kan berdoa dan amalkan zikir Ya matin...

Semoga niat suci kita diberkati Allah...Aminn...

24 June 2010

bermulala...

fuhhh...penat lelah mengah semua ada...malas rindu ngantok semua cukup rasa...apa masalah aku ni...bukan apa senin baru ni aku dah naik keja...punya la byk keja yg di handover kan kembali....ada reshuffle keja wei....sabgatlah terbaekkkkkk....aku menjaga sepenuhnya semua doktor pakar di nusantara ni...i mean malaysia...my frenz anne menjaga jawatan baru PTD...inilah kabar paling gumbira penah ku terima...uweeeeeeeekkkk muntah ijau aku pasni...heloooooooo aku jg ramai wei..takda PT baru ker nak tlh aku ni...tp xpela..aku terima..ini kan tanggungjawab..kan dah sain surat aku janji..hahahaha...BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.....
adik dan kakak aku hantar umah ibu ....(baby sitter aku)..adik aku bekalkan susu nenen aku..nasib baik dia ok..takdela aku risau sgt..kakak plak..good girl..tak nangis pun aku hntr...yelah 2bulan coti kan..tkut dia buat perangai.....
aku dok kat opis asyik teringat kat depa dua org...
dok tgk jam jer bila nak kul 5...sharp kul 5...zasssssss terus pulang bersama member aku..jay..

sekian update dari mama iris n najla....

horoskop.

Kenali Si Manja Berdasarkan Horoskop

1) Baby Capricorn (22 Disember - 19 Januari)

Karakter : Baby Capricorn umumnya lebih dewasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Pembawaan dirinya lebih serius berbanding baby-baby lain. Tetapi, biarpun tergolong sebagai serius, dia juga mempunyai citarasa yang tinggi kelak. Dia juga anak yang didambakan setiap ibu bapa di samping keperibadiannya yang mengagumkan, adil dan bertanggungjawab. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang dermawan serta pandai menguruskan wang.

2) Baby Aquarius (20 Januari - 18 Februari)

Karakter : Baby Aquarius sebenarnya cerdas, namun gerak-gerinya agak lambat. Dia juga mempunyai banyak idea yang
mungkin tidak terfikir oleh bayi seusianya. Apabila dia berbaka t dan memiliki minat pada sesuatu bidang, dia akan menjadi seorang yang kreatif dalam bidang tersebut. Tetapi mungkin perkara ini akan banyak membawa kesulitan dan merupakan ujian bagi ibu bapanya ketika dia masih kanak-kanak.

3) Baby Pisces (19 Februari - 20 Mac)

Karakter :
Kebanyakan baby pisces dianugerahkan dengan kecantikan atau ketampanan. Apabila melihat kecantikan atau keta
mpanan mereka, ia sungguh menakjubkan. Apatah lagi, mereka juga tidak segan untuk bergambar a tau bergaya di depan kamera. Walaupun begitu, ia tidak bererti mereka senang dikerumuni orang lain. Setelah penggambaran selesai, umumnya mereka akan kembali asyik dengan dunianya sendiri. Salah satu perkara negatif baby Pisces adalah kepercayaan dirinya yang rendah. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa memberi semangat dan mendorongnya untuk terus berkembang.

4) Baby Aries (21 Mac -
19 April)

Karakter :
Hiperaktif, itulah sifat ba
by Aries. Kalau disuruh atau diminta melakuk an sesuatu, biasanya dia tidak mahu kerana dia agak keras kepala. Namun, hatinya sebenarnya baik. Disebabkan sifatnya yang lasak, ada kemungkinan bada nnya akan mengalami kesan-kesan akibat terjatuh.

5) Baby Taurus (20 April - 20 Mei)

Karakter : Seperti juga baby Aries, baby Taurus juga agak keras kepala. Namun, menguruskannya ketika kecil jauh lebih mudah. Ini kerana, dia amat tenang, senang dimanja dan dipeluk. Tubuhnya juga sihat
kerana dia merupa kan seorang yang kuat makan.

6) Baby Gem ini (21 Mei -21 Jun) Karakter : Dilahirkan sebagai baby yang cerdas dan ber jenaka membuatkan baby Gemini disukai dan dikagumi orang. Manakala dalam melakukan sesuatu, dia sering kali tidak bersun gguh. Apabila mula bermain sesuatu, dia sudah pindah ke permainan lain dan rumah akan berselerak jika dia baru mula bermain.

7) Baby Cancer (22 Jun - 22 Julai)

Karakter :
Dilahirkan dengan perasaa
n yang sensitif dan mudah terluka, baby Cancer sangat dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Dia akan mudah menangis dan sangat peka apabila ada konflik yang berlaku disekitarnya. Tetapi fizikalnya amat kuat.

8) Baby Leo (23 Julai - 22 Ogos)


Karakter :
Lahir di bawah lambang raja hutan, perilaku baby Leo suka memerintah. Dia selalu inginkan kemahuannya dituruti. Namun, memang tidak sukar untuk memenuhi keinginannya kerana sejak bayi lagi dia merupakan seorang yang menonjol dan periang. Apabila bersekolah kelak, dia bakal menjadi popular. Namun, apabila kemahuannyatidak dipenuhi, jangan sesekali mempedulikan amukannya.

9)Baby Virgo (23 Ogos - 22 September)


Karakter : Ini dia baby kesukaan para ibu bapa. Baby virgo begitu manis dan ramah, tidak pernah lupa melemparkan senyuman setiap kali orang memandang. Dia juga begitu tenang dan sukar untuk diuruskan, terutama sekali dalam menjalankan rutin harian. Namun dalam pengurusan makanan, dia agak memilih. Dia juga agak keras kepala tetapi hatinya penuh dengan kasih sayang.

10) Baby Libra (23 September - 22 Oktober)


Karakter :
Baby Libra dikurniakan paras yang rupawan. Dia juga senang melemparkan senyuman jika didekati. Apabila sudah dapat berbual, maka dia akan berceloteh dengan lucu. Dia memang boleh menarik perhatian setiap orang disebabkan oleh kemampuan komunikasinya itu. Tetapi, berhati-hati kerana dia senang memberontak pada peraturan tertentu.

11) Baby Scorpio (23 Oktober - 21 November)

Karakter : Agak kurang pandai dalam mengekspresikan perasaan dan fikirannya, ia adalah ciri utama baby scorpio. Dia juga termasuk dalam golongan bayi yang selalu ingin tahu tentang apa saja. Selain itu, dia boleh menjadi marah apabila anda tidak mengendahkan pertanyaannya yang bertubi-tubi. Ini kerana dia juga senang berkomunikasi dan dia akan menangis apabila dibiarkan bersendirian.

12) Baby Sagitarius (22 November - 21 Disember)

Karakter : Sebagai bayi, Sagitarius memang senang dikerumuni orang kerana dia suka melawak. Sikapnya yang ceria dan riang, mungkin saja akan berubah menjadi sedih dan penuh air mata. Dikurniakan otak yang cukup cerdas, baby Sagitarius biasanya meminta sesuatu sebelum melakukan sesuatu hal. Prinsipnya adalah kebebasan merupakan segalanya.


p/s: copy dr blog mamiraysha...

22 June 2010

update..

weekend ni aku update yek..tak sempat la...

19 June 2010

Kenangan itu tak penah padam...



Al Fatihah dan kiriman doa adik titipkan buat Abah Allahyarham Hj Md Zain bin Hanafi sempena Hari Bapa....Semoga abah bahagia dan gembira berada di sisi Yang Maha Esa..Kenangan bersama abah tak pernah padam walaupun sudah 15 tahun pemergian abah. Adik sayang abah..dan terlalu merindui abah....Selamat Hari Bapa..Terima kasih atas segalanya...

notes: terlalu banyak kenangan aku bersama abah...rindu saat dicium abah...dimarahi abah...dan dipeluk abah...

17 June 2010

jadual waktu...

sementara belum masuk keja..aku jd housewife sepenuh masa..penat rupanya kan...

jadual waktu aku..(saja aku nak kongsi)
aku citer pas subuh la yek...
7.00-abg siap2 g keja..
pas abg g keja aku sambung tido balik..

9.00-mandi iris dan kakak
9.30-mama lak mandi..part ni la yg agak mencabar...adik sure2 nangis..kakak lak setia menanti aku depan pintu toilet..kejap2 je dia gjenguk adik yg meraung nangis..mandi pun cepat2 jer..
10.00-breakfast...sejak 2 menjak ni aku just amik nestum jer...kakak pun sama..adik sarapan susu mama..sesi pam susu bermula
sementara tu aku mesin kain baju dulu...
11.00-1.00-waktu bersam anak2 dan beronline sambil2 pam susu
1.00-masak lebih kurang..suap kakak makan nasi dgn aku sekali..
2.00-3.30-sambung lagi sesi dgn anak2 dan sambil2 tu aku pam susu utk iris
3.30-sembahyang..waktu yg mencabar jugak ni..tp selalunya diorg tido time ni...
5.00-mandi kan diorg dan sesi minum petang...
6.00-sembanyang asar
6.00-7.30-kemas rumah, lipat kain dan tunggu abah balik..
pas magrib kuar mkn dan lihat dunia....
sampai umah tido kan diorg baru mama sambung beronline kembali...

dan semua N3 aku di buat pd waktu tgh mlm...
tu la jadual harian aku...penat sgt tapi aku terhibur dgn keletah dorg..paling aku suka adalah hari jumaat sebab esoknya sabtu abah ada umah..leh jalan2...
minggu depan dah naik keja...mesti aku rindu sgt2 dengan diorg...

16 June 2010

adik dan blue bear

Entry ni khas buat maktam...
tgk la dia dgn blue bear..ni kakak yg punya..kedekut skit..lama2 br nak kasi adik pinjam..nampak gaya kena cr lg bear ni..adik suka sebab warna dia menarik kot...kalau celcom ada buat peraduan..comfirm iris leh menang..dak pun amik iris jd model celcom la.hahah...

semalam g cucuk iris..alhamdulilah berat dah 4kg...semua ok...nangis kuat sgt..dengar satu klinik tu...sampai tertido pun ada sedu sedan lagi..next appoitmtnt 14 julai plak..






13 June 2010

info susu ibu

Jenis Susu Ibu

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).Apa pulak foremilk…hindmilk nih?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.
Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :
1.Colostrum – Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang – Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).


p/s: mungkin blog aku pasni byk cerita pasal penyusuan susu ibu yek...

caiyok...caiyok wanie

aku sekarang ni tgh gigih dok kumpul stok susu untuk si iris ni...minah ni kan full bf...walaupun bg setengah org agak lambat br nak buat stok tp bg aku ianya bkn penghalang..masa dlm pantang aku tak buat stok sebab pam ada kat umah putrajaya..
so 2 minggu sebelum start keja ni aku start pam..walaupun pada mulanya air susu aku agak kurang bila pam....kadang nak dpt satu 1oz pun payah...
macam2 petua aku amalkan...makan kuca
i la...minum ayaq halba la...barula air susu aku byk...
bila iris nyusu air kuar byk sgt.tp bila nak pam tak kuar...mulanya aku rasa sedih sgt2..tp aku tak penah patah semangat...aku doa byk2..semuanya untuk anak aku..niat nak bg yg terbaik utk dia...
last2 aku g kedai baby kat seri kembangan MOM LITTLE ONES,niat nak beli milkmaid tea,utk tambahkan susu..tp kaunselor tu kata tea lambat skit kuarkan susu mau 3/4 ari..dia suggestkan aku amik PIL ASI...murah ja 20.00 utk 300 biji...se
mlm start makan jamu tu..memang berkesan sgt...td pg pam dpt 4oz...memang memberangsangkan sgt2....dulu nak dpt 2oz pun pyh....
tu la demi anak tersyg aku cube jer semua..
doakan aku berjaya mengumpul stok EBM yek...

CAIYOK WANIE JGN PUTUS ASA....



(ni aku google)
aku punya ada la separuh dr ni..malas nak bgn amik gmbr..

sinar....

ADA SINAR YG MENANTI KAMI SEKELUARGA..
THANKS TO ALLAH ATAS SEGALANYA...

bawa iris jenguk kawan baru...

semalam cadangna nya nak g klinik jap bw iris g cucuk..heheh..iris lum cucuk sebulan lagi...tgk2 klinik jameaton tu tutup plak...so ari isnin la jawapnya...
memandangkan alang2 dah kuar kan so kitaorg pun terus gerak g umah anas kat Sungai Penchala..dalm kul 5.oo cam tu kitorg sampai dgn jayanya(ingat2 lupa) maklumlah ni kali ke2 g sana...
aku ngan anas ni kalau ngandung mesti sama2..hehe....pasni bg dia dulu la plak...




nur iris humaira (angah) jumpa anak sedara fahry ___ fadz...
diorg ni beza sebulan lebih jer...


dua2 tgh sedap lena...sama besaq ja...padahal fahry tu br seminggu...



comei sgt fahry rambut lebat..leh bg angah iris sket tak...



najla jumpa member...


najla (along) jumpa iman
dorg plak beza 4 bulan..

11 June 2010

comeinya...



ni la dia anak teruna anas yg kedua..
comei kan...montel..mata tak nmpak...
nama fahry...
geram aihh aku nengok...

p/s: sory nas amik dlm FB...

tanpa sesiapa...

selama selepas pantang ni aku belum lagi menguruskan mereka berdua sendiri...nurul kan ada tlg2 aku...tapi semlm nurul dah balik pratikal semula...so arini aku mula menjaga mereka dgn sendiri...
sejak beranak dua ni memang betul kwn aku si Allyani...tak sempat berehat, mkn terkejar2 mandi pun sama...baru nak rehat seorg tido seorg lagi dah bgn...hehehe..tp apa2pun aku bersyukur sgt..bkn semua org boleh alaminya...aku enjoy setiap saat dgn diorg....aku selalu motivate diri aku ...apa yg aku alami bkn bebanan tp keindahan dan kenikmatan bergelar ibu pd 2 org puteri....
nanti dah start kja mesti rindu sgt2 pada kakak dan adik...


p/s:penat hilang bila lihat telatah dan senyuman diorg berdua...

09 June 2010

adik....

just nak tempek gambar adik yg semakin bolat...
sebelum tu anas anak buah aku yg sulung dah selamat melahirkn 2nd baby dia pada 4hb june...dpat baby boy..3.75 jam 3.10pm di Hospital selayang...dia 2 boy aku 2 girl..hehee pas ni iman kawan dgn along najla...fahri kwn dan angah iris...heheh dah 2 org cucu sedara aku..buat anas dan Faizul Tahniah atas kelahiran 2nd baby...









adik with blue bear..

alamak nak terbalik sudah...


p/s: N3 ni utk maktam dan mak ndak...

tiga tahun sudah..



Another year to create
precious memories together.
Another year to discover
new things to enjoy about each other.
Another year to build
a life rich in love and laughter.
Another year to strengthen
a marriage that defines "forever."
Happy Anniversary!

arini 9hb June 2010 ulangtahun perkahwinan kami yg ke3...apa yg aku harapkan dari perkahwinan ini semoga rumahtangga kami diberkati dan dirahmati oleh-Nya...
sepanjang perkawinan ni bermcm2 onak dan duri dah kami lalui...tp sedikit pun tak mengoyahkan rumahtangga dan kebahagiaan kami suami isteri...

buat suami tersayang..
TERIMA ATAS SEGALA2NYA..

buat yg Maha Esa
TERIMA KASIH ATAS ANUGERAH YG TERINDAH INI...
SEMOGA PERKAHWINAN KITA KEKAL SELAMANYA DUNIA DAN AKHIRAT..aminnnn

berakhirnya...

aku dah abis pantang jumaat lepas...sekarang dah balik putrajaya pun...masa nak balik tu sedih jer rasa hati...sayu jer...yelah dekat sebulan jugak aku dok ngan mak kat kampung...sana ramai ada tak de la ku sunyi..balik mai sini terasa jugaklah kesumyian tu....masa nak balik tu aku takde la tunjuk kesdihan..karang ada jugak yg tak jd balik...hehehe.. kitorg gerak dalam kul 10pg..awalnya nak bertolak awal..tp hujan lebat sgt2...ari kau nak balik plak hujan..selama dok sana tak da plak hujan pg...agaknya cuaca pun tahu kesdihan hati kami semua..cewahh.... otw tu semua ok...nasib baik ada nurul (anak buah ) aku ikut tumpang balik..leh jugak dia tgk2 kan si kakak...kakak tidoq sepjg perjlna....lega aihh.... kitorg singgah taiping jap mkn kat fav kedai..DOLI....pas mkn pusing2 taman tasek jap pastu terus gerak balik bt gajah... sampai putrajaya kul 11.oo lebih....semuanya ok dan terkawal dlm perjlnan balik...

NAJLA NEW LOOK...


pas abis jer aku berpantang aku terus bw najla potong rambut..rimas aku tgk rambut dia yg mcm kartun Dora tu...lega skit bila dia berambut pendek..kemas dan cute sgt...kakak aku ckp mcm aku masa kecik2...



ni bergmbr kat tmn tasek...



p/s: sampai sekarang najla masih memanggil aku maksu..adoii..ni sebab dok sana dgr anak2 buah aku panggil aku maksu..dia pun dah terlekat...penat nak tune balik panggilan mama..