Pages

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

26 June 2010

perkongsian....

minggu lepas anak buah aku anas
ada minta aku buat N3 pasal EBM...meh sini kawe nak citer....

iris aku bekalkan kat BS 3oz x 4bekas dadih tu....means 12 oz la....
sebelum hantar ke BS dalam kul 7 camtu aku bagi direct BF kat dia...samapi opis dlm kul 8 pg brakfast..pas abis Breakfast amik suplement pas tu rilek sat...sambung buat keja...agak2 dlm kkul 10 lebih aku p pump kat surau..masa ni takde dpt byk sgt dlm 2oz jer...ok la dr takdekan..pumping yg seterusnya dlm kul 2 cmtu..masa ni dpt byk la jgk 4oz. AMARAN : JGN TUNGGU BREAST BENGKAK BR PAM. salah konsep ni...
balik umah kul 5 bg dirct bf kat iris sampai mlm....tgh mlm bgn lak buat pumping lgi..so stok2 ni la aku bw g umah BS.ari weekend adalah ari untuk buat EBM...so far EBM iris cukupla....

cara memanaskan susu adlah dengan rendam bekas susu dlm air panas..jgn sesekali panaskan dgn microwave atau direct panas dgn api..boleh menghilangkan zat susu ibu tu...

EBM kalau simpan kat peti ais atas leh tahan 3 bulan..klau yg kat bwh tu 4-5 ari..kalau suhu bilik 4-6 jam...
buat masa ni aku belum ada ice pack lagi...nanti br nak beli...

so far alhamdulilah rezeki utk akun nyusukan iris tu ada..aku hrp dpt BF dia sampai 2 taHUN..fully...
bg ibu2 yg nak nyusukan anak tu..hati kena kuat..jgn patah semangat kalau susu merundum...takpe..byk kan berdoa dan amalkan zikir Ya matin...

Semoga niat suci kita diberkati Allah...Aminn...

13 June 2010

info susu ibu

Jenis Susu Ibu

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).Apa pulak foremilk…hindmilk nih?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.
Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :
1.Colostrum – Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang – Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).


p/s: mungkin blog aku pasni byk cerita pasal penyusuan susu ibu yek...

caiyok...caiyok wanie

aku sekarang ni tgh gigih dok kumpul stok susu untuk si iris ni...minah ni kan full bf...walaupun bg setengah org agak lambat br nak buat stok tp bg aku ianya bkn penghalang..masa dlm pantang aku tak buat stok sebab pam ada kat umah putrajaya..
so 2 minggu sebelum start keja ni aku start pam..walaupun pada mulanya air susu aku agak kurang bila pam....kadang nak dpt satu 1oz pun payah...
macam2 petua aku amalkan...makan kuca
i la...minum ayaq halba la...barula air susu aku byk...
bila iris nyusu air kuar byk sgt.tp bila nak pam tak kuar...mulanya aku rasa sedih sgt2..tp aku tak penah patah semangat...aku doa byk2..semuanya untuk anak aku..niat nak bg yg terbaik utk dia...
last2 aku g kedai baby kat seri kembangan MOM LITTLE ONES,niat nak beli milkmaid tea,utk tambahkan susu..tp kaunselor tu kata tea lambat skit kuarkan susu mau 3/4 ari..dia suggestkan aku amik PIL ASI...murah ja 20.00 utk 300 biji...se
mlm start makan jamu tu..memang berkesan sgt...td pg pam dpt 4oz...memang memberangsangkan sgt2....dulu nak dpt 2oz pun pyh....
tu la demi anak tersyg aku cube jer semua..
doakan aku berjaya mengumpul stok EBM yek...

CAIYOK WANIE JGN PUTUS ASA....



(ni aku google)
aku punya ada la separuh dr ni..malas nak bgn amik gmbr..

08 March 2010

makluman...


sticky notes




1 Ogos - 7 Ogos
HARI PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA

notes:penyusuan susu ibu kpd anak ye kwn2....
heheheh..