Pages

29 February 2012

aduhai!!!

Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini

Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
caraku memujukmu

Pernahkah kau hargai
caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas

Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang

Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang

Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang

Lari lari aku
lari tinggalkan
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi..kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

28 February 2012

arini cuti...

Arini me cuti..sakit pewot senggugut yg melampau2..

Just mkn ubat tahan sakit jer la..

Dah la cmpur ngan cirit birit plk..lagi la...


Me sempat masak nasi lemak jer...samabl ikan semlm ada lg..rebus teloq jer...


Petang tu kakak rewuet nak mushroom soup..

Me just buat yg instant jer pastu camput makaroni dlm tu...

Mkn sungguh dua beradik tu..

Kakak mmg suka sgt...kalau p piza ru dia leh abis 2 mangkuk la...

ok tu jer update arini atau mgkin weekend ni..heheheh


P/s:sedang belajar menjadi org yg tabah dgn dugaan...anak2  jd kekuatan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

25 February 2012

nur

Salam weekend semua...

Maafbla xupdate minggu ni....

Minggu ni minggu sibuk


Me nak syer dgn korang skit..

Pd sesapa yg minat membaca cuba dpatkan majalah Nur mac 2012..

Bestla edisi bumper ni..byk nasihat dn tips la...

Sgt best la...


Kan sini me kongsikan sedikit tajuk dlmnya;

* teknik memakai tudung bawal versi baru...(tudung bawal skrg up blk kan)

* diet hebat badan sihat...(sgt bagus ni)

* hindari kata JANGAN kepada anak

* elaklah dirimu dibenci suami

* 24 peringatan buat wanita

* carilah redha Ilahi

* ayat2 cinta suami isteri

* dan byknsgt resepi cupcakes, brownies


Pada me...NUR edisi bumper ni superb best!!tak rugi beli...rm7.90 jer...


"kebanyakan wanita adalah isi neraka dan kayu api. Aishah bertanya, "mengapa wahai rasulullah saw?" jawab rasul..kerana kebanyakan peremouan tidak sabar dlm menghadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik nak dan melayani suami"


Ketahuilah syurga dan neraka bg wanita bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya..


(petikan dr majalah NUR)


Published with Blogger-droid v2.0.4

22 February 2012

dinner...

Sementara menunggu kakak abis ngaji

Mama,abah dan adik lepak mkn kat kedai mamak hj tapah jap...

Mama just minum teh ais,abah mkn roti arab kuah kari ngan teh o ais...

Adik plak dpt lolipop dr mamak kedai tu...

Siap dukung tu...aduh!! Nasib xde bau ko dik...


Note:minggu ni blk perak...yeayy mak mentua buat kenduri skit...


Published with Blogger-droid v2.0.4

mencuba..

Selamat mlm semua...baru berkesempatan mgupdate blog...

Ingat tak me kata ada new resepi...

Actually me dpt resepi ni dr rakan blog me lieya

Mmg sedap la...

Adik dan kakak sgtla suka...termasuk la me...

Nak resepi ker?

Senang je..sedap punnsedap...


Brokoli

Stok ayam

Buah kurma (me ganti dgn kismis)

Ubi kentang

Isi ayam (yg ni me add on)- sebab yg nk mkn ni bukan baby dh pun...


Rebus pasta...me tak jumpa pasta yg star...so amik yg siput2 jer...

Dh masak td blend bhn2 td..ikut la nak hancur ke kasar2 ke...

Tp serius sedap..

Masak anak2 baby tak teringat pun nak try diorg mkn pasta..


Ok selamat mencuba ye..

Tq pada lieya yg sudi kongsi resepi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

21 February 2012

new resepi..

heheheh semangat ni nak buat new resepi untuk adik...
nanti dah jadi me tunjuk k...

esok kita update pjg2 yek...

19 February 2012

ada je kerjanya...

Adik ni kalau diam diam dlm bilik ada la tu kejanya...

Tu la hasil kerja tgn adik...


Abisla bedak dik oii...


Published with Blogger-droid v2.0.4

happy sunday!!

Semlm tak kemana2 pun...

Arini ikutkan nak ke pd...tapu cuaca suram jer...

Kita g jejln sini je la anak2..

Ingat nak ke pusat sains..ada pameran robot dunia...

Mcm best ker kan...

Tgk jer la mcmana nanti..


Arini dh masak lunch.

Simple2 jer..

Ketam sweet sour

Kobis &asparagus gpreng telur

Ikan kembung masak kicap...


Selamat menjamu selera semua...


Published with Blogger-droid v2.0.4

18 February 2012

hujan hujan

Petang2 ni lapar pulak perut..ditambah dgn hujan...

Apa lagi buat cucuq cicah ngan kari ikan tadi..

Perhhh sedapnyer...

Jemput semua...


Published with Blogger-droid v2.0.4

masak memasak

Arini masak makanan yg jarang me masak...

Gulai/kari ikan bawal meletop (kombinasi resepi my sis ngan mak)

Sayur asparagus goreng bersama udang.. (1st time masak asparagus)

just tunggu my hubby balik dr opis jer..pas2 dah leh mkn...

Anak2 nak ajar mkn kari jap g...heheheheh


Ok..itu jer menu arini....


Note: alhamdulillah mak makin ok...


Published with Blogger-droid v2.0.4

lion and tiger..

Salam weeekend korang..


Semlm balik keja singgah pasar mlm putrajaya

Kakak dh jatuh cinta dgn stroller bb tu

Ni yg kedua dia penah ada..

Yg dulu tu dh patah..beli ms dia bb lagi...

Kami beli satu jer dgn harapan dan janji dr kakak nak syer..


Balik umah..eemmm hampeh nak syer..kedekut giler kakak..

Berlakula perebutan harta tu..huhuhuh 1st time tgk kakak naik angin dgn adik...

Siap bercakar dgn tarik baju lagi..ganas nya depa dua org ni...

Aku cepat2 amik adik...sebab adik lagi ganas dr kakak..

Tp smlm adik kalah..kakak mengamuk la....

Nangis2 sampai tertido..

Jln penyelesaian simpan dulu dlm stor....dah beli satu lagi br leh main sesama.


Adoi la anak2 mcm2 hal..

Tunggu la korang nanti2 dpt adik boy..masak la korang kena kerja...heheheheh


Published with Blogger-droid v2.0.4

17 February 2012

perkongsian untuk ibu2..

makanan minda untuk kanak2..
me dapat dr blog ni..
terima kasih kerana mahu berkongsi

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.




Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

Sama2 la kita mencuba untuk anak2 kita..

nursery di opis...

Ni la keadaan di opis arini..

Dh mcm taska dh aku tgk..

Nasib arini jumaat..kebetulan ada 5s..

So ok la kot..


Kakak br abah hantar tadi..

Gembira la adik jumpa kakak..

Mcm sethn xjumpa..


Ok...

Happy weekend semua...


Published with Blogger-droid v2.0.4

blog

rasanya templete baru ni lebih tenang dan sesuai dgn usia aku yg dah 30-an ni..
maaf la asyik tukar templete..
aku ni tak blh pakai sesuatu templete tu lama2..
cepat cemuihh...

ok da...
enjoy ur friday!!

note: apa la jadi kat kakak tu yek..

mcm2 hal la..

salam jumaat semua..

pagi semlm mmg buatkan aku terkejut la..
dapat sms dr my sis mak kat kecemasan.
tetiba jker kan.. semlm baru jer aku ckp dgn dia..
punyala kalut, ketaq semua da..
berdoa tak abis2 dlm hati ni..
jgn la apa2 yg buruk jd kat mak aku..
dah la br blk jenguk dia..
kakak aku msg bgtau yg mak sakit dlm perut dan pinggang..
dulu dah penah jadi..rupanya da serpihan batu karang yang dulu tak kuar abis..
mak dah boleh discharge semlm jugak..
just pantau kat umah jer la..

semlm jgk ari kelam kabut
kan taska anak tutup 3 ari..
patutnya semlm giliran my hubby cuti..
tp lst minit tak leh cuti..ada menda urgent..
dah la terpaksa angkut anak2 ke opis..
"bos minta maap yek terpaksa bw anak...:)

arini plak aku bw sorg , laki aku bawa sorg..
patutnya aku bw kakak, adik ikut abah..
tapi terbalik plak..
adik meraung2 taknak ikut abah..
dah kena pujuk kakak plak..sian kakak kena ikut abah..
takpe kang pukul 12.00 abah mai hantar kakak..
ermm minggu yg agak memenatkan..



15 February 2012

terkenang semasa dulu...

Ya Allah sapa la minah ni....

Anak main album terkuar gmbr mama zaman gemilang bdn tgh kurus..huhuhu

Ni masa me g adelaide australia tahun 200* tak ingat dah...

Gambar 1* kat rundell mall..kira town utama kat adelaide ni..segala soping mall kat sini la...

Gambar 2* berlatarbelakangkan bas tour..tak naik pun..

Gambar 3* kat wild safari dia kot..dgn kangaroo yg sgt kelaparan...

Gambar 4* kat kebun omputih mana ntah petik apple...bygkan ni satu2nya pokok yg berbuah merah..yg lain semua apple hijau...


Rindu sgt nak kembali ke sana..sebab aku p dlm tempoh yg lama...kat obersea ni udara dia lain mcm skit tau...fresh jer dgn bau2 pokok kayu..dgn udara yg sejuk2...

Mmg best arr...ada rezeki nak g la australia...kumpul duit dgn gagahnya...hehehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

alahai si kakak

Mama kan surirumah arini..sibuk memasak la..

Kakak pun tolong la mama jaga adik..

Mandi ngan adik,pastu pakaikan baju...

Tu kat pic kat atas hasil kerja tangan si kakak pakaikan baju dn pampers..

Lawak la me tgk rupa adik...

Hehehehhe..

Kakak oh kakak..leh la hrp sikit2..nanti ok la tu teknik memakai pampers adik.


P/s:alya taska wani kat kem tenaga air hijau apa lg ntah org panggil ktak..kat kompleks  e4...tp kat putrajaya ni mmg byk skrg kes hfmd skrg ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

cuti kuarantin




Arini me dok umah cuti jg ank..sebb taska tutp kuarantin hfmd...

Gilir dgn bapak diorg...

Bermula la tugas siibu di pg ari..

Arini masak bayam masak lemak ngan sambal ikan..

Ada lebihan roti terus buat bingka / bengkang roti dgn coklat chips..

Roger2 my sis tanya mcmana nak buat.so terhasil la bengkang roti yg sedappp

Petang karang nak lipat kain plak..

Penat jgk jd surirumah ni kan...

Esok turn abah plak cuti....

Published with Blogger-droid v2.0.4

14 February 2012

cerita semalm


semalam balik umah plan nak masak bawal sweet sour, sup fishball ngan sotong goreng tepung..
dah dok eringat2 dlm kepala ni..
hubby mai amik dah pukul 6.30..
dia bgtau yg member dia nak minta tlg amik wife dia yg br bersalin kat hosp putrajaya..keta dia tayar pecah..
so kami pun g la amik wife dia yg br bersalin anak ke 2 kat putrajaya..
tahniah pada lan nagn awie dpt baby boy..dah sepasang dah





ni la baby baru tu..(pinjam pic dr fb awie jap)


setel semua tu dkt2 kul 10 gak la sampai umah..
mulanya mals nak mask
tapi mengenangkan impian masakan aku tu..
letih2 pun aku masak jugak..
anak2 mkn nsi kul 10.30 mlm..

so arini plan nak msak sup yg xjd masak ngan sotong tepung..
hehehhe..



p/s: iris nangis sepjg jalan nak baby..
kakak request adik jugak..
abah kata nanti kita beli kat jusco
ermmm :)

13 February 2012

6 kelebihan menjadi wanita

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang

'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah

anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.


2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang

lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib

baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..


3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia

mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh

dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi

kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali

Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap

mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..


4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh

kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-

dosa suami dia tak tanggung.


5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat

dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan

suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah

terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa

suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk

lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam

kesusahan isteri boleh bantu tambah

lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut

selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra

ini.


6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat

didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri

yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan

dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua

wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka

denganNya. Dan semua lelaki fahami hati

naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA..

12 February 2012

baking wit kids!!

Ahad tk g memana pun

Ptg bt kuar g pasar borong beli stok brg basah

Tekak ni ngidm nk mkn sotong goreng tepung yg my sis buat aritu...

Tu yg terjah psr borong tu.leh cr sotong elok skit..


Blk dr pasar tingin nk buat kek..

Aritu mkn tk puas..

Ajak la kakak buat kek sesama...

Adik lngsung tk membantu..

Tlg semak kan lg ada la..

So ni la antara pic yg ada ms baking cake tu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

07 February 2012

bercuti di kampung

Day 1..

Unplanned pun nak blk kampung...

Sampai kul 1pg ari ahad..

Bertolak dr putrajaya kyl 7mlm sampai kul 1pg..

Jalan ok tak jammed..

Siangnya tak de plan nak ke mana2...

Bawa blk kolam mandi..

Kakak lala nak mandi dgn kakak mia ngan kakak sya..

Berendam la diorg smpai teketaq2 kena angin bendang (sawah)

Ptg tu baru plan nak ke umah kakak ipaq me kat sintok

Jumpa kakak nurol yg xdpt baliknumah maktok...

Oo lupa nk bgtau..otw ke sintok tu ada bekal dr my sis donut special...




Day 2..

Pagi xde buat pe...just relax2kat umah mak...

Petang pas bebudak tu blk skool br g umah kakak me yg sulung kat perlis..

Kitaorg dijamu dgn bihun,agar2 dan cucuq keria anas..

Sedap gak...

Mlm baru gerak balik dr perlis..

mia & sya baru balik dari sekolah..

my sis masak my feveret dish..

sotong goreng tepung home made..sedapnya...


Day3..

Ermmmm kejap jer kan..

Jap g dlm kul4dh nak gerak blk putrajaya..

Malasnya nak blk sana..

Ermmm kt sana tinggal kami ber4 jer..kat sini ramai..best...

iris best frieng..Cinai

pagi tu ada jentra mesin padi..

sempat la snap utk anak2 tgk..

iris paling takut sekali..

lala teruja sgt tgk..

ni la permainan me msa kecik2 dulu..

ikut belakang mesin padi..hehehhe

ni view depan umah me aja..


Next time blk lagi ke kedah...

Sekian entry cuti2 maulidur rasul& thaipusam kami...


Published with Blogger-droid v2.0.4

04 February 2012

renungan bersama

Salam sabtu...ermmm cuti lama kan minggu ni..

Apa plan...mesti ada yg g bercuti dan yang balik kampung kan...

entry kali ni me dpt dr blog akak kita ni miszjanuary.blogspot..

Rasa mcm menarikkan..

So sama2la kita berubah ke arah yg lebih baik...


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 February 2012

resepi kek coklat moist



  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu kecil baking powder
  3. 2 cawan gula halus
  4. 4 biji telur gred A
  5. 250 gm buttercup
  6. 2 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 cawan serbuk koko
  8. 1/2 cawan gula halus
  9. 1 cawan air panas
  10. 1/2 cawan susu cair (sakit pakai susu pekat jer..)


CARA-CARA:

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji, vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka. Selamat mencuba.

SELAMAT MENCUBA