18 December 2013
27 November 2013
24 November 2013
24 weeks pregnant
Twins fetal development - 24 weeks pregnant

By 24 weeks your twins are proportioned like newborns but thinner - their "baby" fat hasn't yet developed. Although they're getting heavier every day, their skin still appears wrinkled because they need to gain more weight. Their lips are distinct and their eyes are formed, though the iris (the coloured part of the eye) still lacks pigment. The pancreas and the thyroid, adrenal and pituitary glands, essential in the production of hormones, are developing steadily. Tiny eyebrows and eyelids are now visible.
Even this early, the first signs of teeth appear in the form of tooth buds beneath the gum line. Before you know it, your twins will be born, and soon after, their first teeth will come through.
Your twins' lungs continue to develop and mature to prepare for breathing. They're swallowing but they normally don't pass their first stool (called meconium) until after birth. Your babies are making breathing movements. They have no air in their lungs yet but it's essential practice for when they are born.
More than half of twins are born before term (before 37 weeks). If your babies were to be born before 24 weeks, they would only have a small chance of survival (less than 10 per cent) even with the right care. Every day in the uterus makes a difference at this stage. Their chance of survival rises rapidly after 26 weeks, and from 32 weeks they should survive if they are growing normally.
03 November 2013
lama tak letak pic..kenangan..
1. ni pic masa hari raya Aidilfitri..
2. ni pic masa hari raya Aidiladha..takda baju kurung..mama malas nak iron..baju tu kedut sgt..
3. adik yg meragam..leh plak jumpa puting zaman bila ntah..dok isap..jadi baby katanya..
4. en abang admit sebab cirit birit yg melampau..5 ari jugakla dlm wad..cian dia..
5. ni pic masa family day sebelah aku..masa ni aku dok2 mabuk2 lagi ni..
best sgt buat kat yan,kedah
6.ni plak aktiviti charity famili aku..kitaorg g cat mural kat sekolah autisme kedah (NASOM)..
SEKIAN..
Labels:
random
29 October 2013
Alhamdulillah..
assalam...
ermmm lamanya tak berupdate secara normal..
ada lagi ke org baca..
takde pun xpa..ni kan utk simpanan aku dan keluarga aku suatu hari nanti..
ermmm
alhamdulillah..dah masuk 5 bulan kandungan aku..
kejap je kan..tinggal 4 bulan lagi.
kalini mengandung alahan sgt teruk..
ermm ingat nak buat sikit rentetan awal kandungan kali ni..
untuk tatapan si kecil satu hari nanti..
9 Julai 2013 6.00 petang
hati rasa tak sedap sebab period dah lewat 2 minggu..
esok plak dah start 1 Ramadhan ni..yela tak syok la kan kalau tak leh sambut puasa..
masa mandi saja check urine test..sekali kuar double line..
hati ni rasa bercampur..takut pun ada..yela kan baru gugur bulan 4 aritu..means aku sempat kosong 2 bulan je..takut kisah lama berulang kembali..tunggu en abang balik bgtau dia..ermm respon mcm biasa..mayb dia pun mcm aku jugak takut mengharap..
aku sempat puasa seminggu ja..hari2 selepas tu bermula la alahan yg paling hebat..
aku langsung tak leh mkn..mkn ja muntah..dari pagi hinggala malam..even kalau akau bgn tidur tghmlm pun aku leh muntah..
yg agak tragis aku takleh berinteraksi/ tengok / tidur dgn en abg..nasib la dia memahami...adoiii...
6 Ogos 2013
petang kat opis aku dah macam tak leh nak control..ajak kwn opis bawa aku ke Kedah Medical Centre..
doc suruh aku admit sebab dehidrat sgt bdn..dah la lagi 2 ari org nak raya..
sebelum admit kena check dulu sbb kenapa aku alah teruk sgt..
Dr Siw yang merawat aku..sgt baik...dia scan..masa tu muka dia mcm pelik sgt..then dia kata..oooo patutla u alah teruk sgt..tgk ni...ada twin la...
aku mcm errrr biar betul doc..ye u tgk sini..ada dua baby..
Ya Allah hanya tuhan je tau perasaan aku masa tu..terkejut sgt sbb famili aku dan en abang mmg tak da salah silah kembar ni..Alhamdulillah rezeki syawal buat kami..
terus call en abang bagitau dia..dia siap gelak besar dan bersyukur sgt..dia lagi la terkejut gila2..
so bermulala episod mengandung kembar..
cuma alahan tu belum berhenti..masuk 4 bulan baru ok..
ermmm cuma yg letih checkup la kena byk sikit..jumpa pakar kat KK la kena check Hospital la...
so far alhamdulillah kandungan dah mencecah 5 bulan lebih..
Harap2 semuanya akan berjalan dgn lancar..baby pun dah mula bergerak..
Kakak Najla dan Adik Iris pun seronok sgt tgk perut mama dah besar..asyik panggil adik jer..cuma iris tu makin hari makin manja..
ermmm ok la..nanti aku sambung lagi...Insya Allah...
doakan aku selamat ye...
14 October 2013
05 August 2013
09 July 2013
salam ramadhan
Alhamdulillah..
tahun ni dapat menyambut puasa lagi..
yang lebih best tahun ni dapat berpuasa di kedah..
Semoga tahun ni ramadhan yang lebih bermakna untuk kami sekeluarga...
tahun ni dapat menyambut puasa lagi..
yang lebih best tahun ni dapat berpuasa di kedah..
Semoga tahun ni ramadhan yang lebih bermakna untuk kami sekeluarga...
Labels:
ramadhan
04 July 2013
sesungguhnya...
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Labels:
perkongsian
27 June 2013
Sahabat Rasullulah Yang Masih Hidup…
Sedih dan sayu hati apabila menatap pokok
ini yang digelar sahabat Nabi. Ketika hayat Rasulullah SAW, baginda
menjadikan pokok ini sebagai tempat berlindung dan masih lagi
terpelihara hidup hingga ke hari ini dengan izin Allah Ta’ala.
Inilah keajaiban anugerah Allah yang Esa..
Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW…
Tentang pokok tersebut :
✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.
✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup
lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau
“sahabat Nabi yang masih hidup”.
✔ Ketika Rasulullah صلى الله
عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah
ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah
pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔ Semasa Baginda صلى الله عليه
وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak
menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
✔ Seorang paderi yang melihat kejadian
ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat
teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang
Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
✔ Pohon ini terletak di tengah padang
pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia
berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu,
Rasulullah SAW dua kali tiba di Bosra ketika bersama bapa saudaranya Abi
Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira.
Maka, terserlah tanda kerasulan baginda
di belakang bahu seperti yang tercatat dalam kitab Injil tentang tanda
kerasulan nabi akhir zaman.
Kali kedua Rasulullah SAW ke Bosra
membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA. Selepas dari Tanah Tabuk
hingga ke Bosra sejauh lebih 500km, kita tidak akan berjumpa dengan
pokok seumpama di atas.
Hingga ke hari ini pohon ini tetap subur
walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang.
Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan
kehendak-Nya jua.
✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar
Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah صلى الله عليه وسلم-
pernah berada di situ.
copy dr blog: http://bicarasantai.com
Labels:
perkongsian
20 June 2013
perkongsian di hari khamis
Allahu Rabbi..
Malunya kita pada Allah..
Ya Allah Engkau terimala taubat ku ini...
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
13 June 2013
perkongsian
untuk renungan bersama
Wasiat dan Nasihat
Habib Umar bin Hafidz
Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.
Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan
menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah
Barang siapa Semakin mengenal kepada Allah niscaya akan semakin takut.
Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
Labels:
perkongsian
28 May 2013
selamat hari lahir kakak
Assalamualaikum..
sekejap je masa berlalu..
arini 28/5/2013 genap umur anak mama Nur Auni najla 5 tahun.
dah besar pun anak mama
mama doakan kakak beroleh kejayaan dunia dan akhirat
menjadi contoh pada adik iris..
menjadi anak yg solehah buat mama dan abah..
sayang kakak dunia dan akhirat..
TODAY IS A VERY SPECIAL DAY
AND NOT JUST BECAUSE IT IS YOUR BIRTHDAY
BUT IT IS THE DAY WHEN I SAW MY ANGEL
I LOVE YOU MY SWEET LITTLE PRINCESS
HAPPY BIRTHDAY!!!
22 May 2013
Ya Allah....ampunkan aku..
Salam rinduku buat kekasih. Maafkan aku andai aku melupakanMu . Tidak pantas seorang hamba melupakan Allah walau sesaat. Kerana Engkau tidak pernah melupakan hambaMu walau sesaat. Engkau menjaga aku dalam keadaan aku tidur dan terjaga. dalam keadaan aku kegelapan dan keseorangan. Kalau Engkau tidak melindungiku, pasti apalah kiranya keadaanku saat ini.Terima kasih atas jagaanMu yang terlalu banyak tidak ternilai.
ingataku tidak setanding ingatanMu padaku.
Benar aku katakan, aku terlalu hina Ya Allah
Ampunkan diriku.
Labels:
perkongsian
07 May 2013
Hidayah Allah.
Hidayah milik Allah, benar..?
Tapi setiap dari kita inginkan perkara yang menjurus kepada kebaikan, benar?
Misalnya, kita ingin berpasangan dengan psangan yang soleh/solehah.
kita ingin mendapatkan anak yang soleh/solehah ...
tambahan, kita semua mempunyai impian untuk memasuki syurga Allah,
ingin rasa disayangi , dikasihi , dan dimuliakan di sisi Allah di akhirat nanti..
benar?
kita berhak memilih jalan hidup kita.
sekiranya kita memilih jalan untuk menempuh kebahagiaan di syurga,
pastinya kita akan memilih jalan untuk ke sana
ingatlah:
bahawa orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, akan disediakan syurga yang mengalir sungai - sungai di bawahnya.
(Surah Muhammad : 12)
jelaslah, kita semua memiliki fitrah kebaikan.
dan saya yakin dan percaya setiap di antara kita sangat ingin untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik.
cuma, yang menjadi penghalangnya apabila di hati kita berbisik,
"malulah aku, orang tengok. malu aku untuk berubah........"
tahukah kita yang membisikkannya itu ialah musuh utama kita iaitu syaitan.
Sampai kiamat, dia akan menyesatkan setiap anak adam di muka bumi ini.
kita semua tahu kewujudan syaitan, tapi kenapa kita tak berjaya juga untuk melawannya.. cuba fikirkan kenapa, ya?
alangkah bahagianya orang yang mendapat petunjuk. sudah diberikan
petunjuk, maka Allah menambahkan lagi petunjuknya, kemudiakan Allah
menganugerahkan ketaqwaan kepadaNya.
Jelaslah perkataan ini saya gambarkan daripada merujuk kepada ayat al-quran (surah Muhammad:7)
Apa yang saya boleh katakan, adalah perumpamaan ini:
Renung-renungkan .
Bagi yang telah memperoleh hidayah, jagailah , hargailah hidayah yang
datang menyapa. Usah sombong kerana hidayah itu milik Allah, DIA berhak
memberi dan mengambi kembali. Peliharalah ia sesungguhnya ia adalah
nikmat yang sangat berharga. Malah, ia nikmat yang membantu kita untuk
ke syurga.
sahabat semua, yang dikasihi Allah s.w.t, pabila hidayah tersulam dalam
diri kita, maka syukurilah, kerana masih terlalu ramai saudara kita yang
berada di luar sana yang masih tersimpang dan Allah telah memilih kita
untuk kembali kepadaNya. Kenapa kita?
Allah yang lebih tahu jawapannya. Anda pasti tersenyum saat anda menyedarinya, betapa nikmat hidayah itu besar bagi anda.
untunglah barangsiapa yang memilih akhirat sebagai tujuannya.
merugilah barangsiapa yang memilih dunia sebagai hiburan baginya.
siapa bercita-cita untuk memenangi anugerah bintang popular di akhirat ?
Haha, ada ke? Tersenyum saya sendiri. Tapi nak gambarkan di fikiran saya segalanya indah di akhirat sana sebenarnya..
Ada suatu kenikmatan yang besar di sana iaitu
"kenikmatan memandang wajah Allah di akhirat"
jadi, pesananku, bahawa jadikanlah dunia ini sebagai ladang akhirat. Bercucuk tanamlah sehingga sampai waktunya tiba.
saya sentiasa mendoakan setiap dari kita dapat meraih petunjuk daripada
Allah, dan saya juga memohon agar Allah memberikan juga saya
petunjuknya.
in sya Allah.
Tak salah kalau kita mendoakan orang lain , bukan? apatahlagi orang itu
adalah orang yang tidak kita kenali. Tambahan lagi, dia bukan islam,
kita berdoa supaya mereka dapat mengenal islam dan memeluk Islam
Prays! Because Allah always listens !!!!!!!
Saya percaya Allah sedang mendengar dan melihat .
Jom berdoa .
:) ;)
Ya Allah, berikanlah kami petunjukmu dan peliharalah kami akan petunjukmu.
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang masih
belum berpeluang untuk mengenal Islam dan menghayati keindahannya.
Agar mereka juga dapat mati bersama kami sebagai seorang muslim.
Teringat saya di saat Rasulullah berdoa lalu Allah memberikan petunjuk kepada Umar dan allah menyesatkan abu jahal.
Semua itu atas kehendaknya.
kesimpulannya:
berilah ruang di hati kita untuk menerima petunjukNya.
dengan cara kita mendekatiNya.
In sya Allah.
Berjihad melalui kunci maya:
Ingin memetik kata-kata saudara ini:
in sya Allah, diiringi akan suntikan semangat kepada pejuang dakwah di alam maya ini untuk meneruskan amanat dakwah kekasih junjungan, baginda s.a.w.
wallahualam.
diambil dari blog ini..terima ksih atas prkongsian ini..
06 May 2013
random pic
salam isnin semua..
Alhamdulillah Kedah kembali pada BN...
semoga Kedah terus membangun dibawah pentadbiran baru..
meh layan random pic dari mamanajlairis..
peace yo dari adik iris..
sabar menanti kek yg makteh masak...
rosemary chicken..request dr anak2 sedara..
dah lama tak buat..
uikkk apa si kecik ni buat..
cuba memanjat peti ais mama..
sangat bahaya la budak ni..
suka explore sendiri..
p/s: puasa ganti arini..semoga terus bertahan..ada lagi 2 ari ni..
Labels:
random
25 April 2013
KEHILANGAN
- Anak anugerah serta amanah Allah.Namun ajal maut juga milik Allah. Jemputannya tidak mengikut susunan usia. Logik akal – sepatutnya – ayah dan ibu dijemput pulang mendahului anak. Tua mendahului muda. Begitulah Allah SWT menunjukkan Kehebatan dan KekuasaanNya, anak-anak di dalam kandungan tidak sempat pun menangis melihat dunia, ada yang tidak sempat mengenal kedua ibu bapa dan perginya ketika usia di peringkat remaja. Ada juga yang tidak sempat menamatkan pengajian universiti. Allah ya Allah, kematian tidak pernah mengenal usia, pangkat dan darjat.Apabila tiba waktunya anak-anak ini pergi, tiada siapa yang mampu menahan walaupun ibu bapa tersayang. Hakikatnya, anugerah dan amanah Allah ini perlu dikembalikan. Sesiapa pun pasti bersedih dengan perpisahan ini apatah lagi ia melibatkan dunia dan akhirat. Baginda Rasulullah SAW tidak terkecuali. Baginda SAW sangat bersedih dengan pemergian Sayyidina Ibrahim anak lelaki baginda.Namun kesedihan melampau sehingga mempertikaikan taqdir Allah boleh membahayakan aqidah. Realiti kehidupan, kelihatan ramai ibu bapa diuji dengan kematian anak. Sebagaimana yang saya nyatakan, ramai berfikir – sepatutnya - yang tua sepatutnya pergi dahulu. Lalu apabila yang muda mendahului mereka, pastinya ia mengundang kesedihan yang amat sangat. Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Hibban pernah bersabda,Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu?". Malaikat menjawab, "Ya". Allah bertanya lagi, "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?". Malaikat menjawab, "Ya".Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku?". Malaikat menjawab, "Ia bersyukur padaMu serta mengucapkan, "dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya, "Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu Rumah Kesyukuran".Ibu bapa dan anak merupakan kisah kehidupan. Mereka ujian kegembiraan dan juga mungkin dijadikan ujian kedukaan. Misalnya - seorang sahabat – sudah dikurniakan tiga anak perempuan. Mereka menanti-nanti anak lelaki. Mungkin ia tidak dinyatakan namun hati tentunya menaruh harapan dan impian. Akhirnya – dengan Rahmat Allah SWT – mereka dianugerahkan dengan anak lelaki. Allahu Akbar, maka sempurnalah kehidupan dunia dengan dihiasi tiga anak perempuan seorang lelaki.Allah menguji mereka.Anak lelaki comel ini dipanggil pulang oleh Allah SWT setelah hanya seketika di dunia ini. Kurang lebih dua bulan sahaja. Beliau pergi tanpa penyebab besar. Allah ya Allah, lemah longlai sahabat ini menerima taqdir yang datangnya begitu mengejut sekali. Buah hati yang sekian lama dirindu rupanya hanya singgah sebentar di dalam dakapannya. Namun kehidupan dan kematian ini sudah tercatat di dalam luh mahfuz taqdir itu. Mudah-mudahan mereka akan berkumpul sekali lagi di syurga. Anak kecil itu bakal menanti ibu dan ayahnya di akhirat nanti. In Sha Allah.Mungkin ramai ibu bapa yang menghadapi ujian sebegini masih diselubungi kesedihan. Berikut dibawakan suatu kisah tamsilan. Mudah-mudahan ia memberi kelapangan di hati. In sya Allah.Seorang lelaki yang sedang dipenjarakan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau amat sayang dan kasih kepada anaknya dan tidak mahu berpisah. Lalu beliau membawa anaknya tinggal bersama di dalam penjara. Di sebabkan kasih, beliau tidak mahu berenggang dengan si anak meskipun keadaan di dalam penjara susah dan gelap.
Sultan penguasa negara tahu tentang perkara ini. Lalu baginda menawarkan tempat dan jaminan keselamatan kepada anak lelaki tadi. Sultan berjanji akan menjaga dan memberikan segala keperluan dan keistimewaan kepada anak lelaki itu. Syarat lelaki tersebut perlu lepaskan si anak dari sisinya di dalam penjara.Lelaki itu amat sedih untuk berpisah dengan anaknya walaupun Sultan menjamin keselamatan dan segala kebaikan untuk si anak. Malah lelaki itu juga akan bertemu dengan anaknya setelah keluar dari penjara suatu hari nanti. Namun rasa hiba dan tidak sanggup berpisah membuatkan lelaki itu menangis-nangis dan merayu jangan baginda mengambil anaknya kerana beliau akan kesunyian walaupun hati kecilnya tahu Sultan tidak akan memungkiri janji. Kawan-kawan menasihatinya. Mereka berkata,"Lepaskan anakmu, biarlah beliau bebas bergembira di luar sana. Beliau akan setia menantimu. Di luar sana tidak ada kesusahan langsung. Anakmu akan hidup di dalam istana yang indah dan sentiasa hampir dengan Sultan. Anakmu akan mendapat segala yang terbaik yang tidak ada di dalam penjara ini.Setelah engkau keluar penjara, engkau pasti akan bertemu dengannya tanpa rasa terpenjara lagi. Seharusnya engkau bersabar, tidak patut engkau memaksa anak itu tinggal di penjara yang sempit dan penuh kesusahan ini. Jangan lah engkau pentingkan diri, kasihani anakmu yang masih kecil ini. Biarlah beliau tenang dan bergembira di luar sana sehingga engkau kembali bertemunya.Akhirnya lelaki itu akur melepaskan anak yang dicintainya. Sehingga tamat tempoh beliau dipenjarakan, beliau bertemu anaknya kembali dalam suasana dan situasi yang sangat bahagia kerana tiada kesengsaraan lagi seperti di dalam penjara dahulu. Sultan benar-benar memenuhi janjinya.Demikianlah tamsilan mudah sebagai renungan. Penjara itu bayangan dunia. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda melalui riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah yang bermaksud, "dunia itu penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”.Ibu bapa yang tidak redha dengan kematian anak-anak mereka, umpama memaksa anak-anak tinggal di dalam penjara bersama mereka sedangkan kematian anak-anak itu adalah lebih baik. Mereka bebas dari belenggu dunia yang sempit. Malah mereka setia menanti ibu bapa mereka keluar dari penjara dunia. Marilah perhatikan butir-butir permata sabdaan Baginda Rasulullah SAW mudah-mudahan menjadi penawar hati bagi ibu bapa yang sedang bersedih. Rasulullah SAW pernah bersabda – riwayat Al-Bukhari – yang bermaksud,Tidak seorang muslim pun yang kematian tiga orang anaknya yang belum baligh kecuali Allah akan memasukkannya (yakni ibu bapa) ke dalam syurga kerana keutamaan rahmat-Nya kepada mereka.Wanita-wanita yang keguguran atupun kematian anak kecil hendaklah membesarkan Allah SWT. In Syaa Allah, Dia akan membesarkan semangat dan hati-hati yang sempit dengan kehilangan tersebut. Anak-anak hak mutlak Allah. Lalu jika Pemiliknya mahu mengambil kembali haknya maka ibu bapa tidak berhak menahannya. Pemergian anak kecil bukanlah siksaan Allah kepada ibu bapa tetapi ia adalah kasih sayang Allah yang datang menghampiri. Perhatikan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ini,Tidaklah salah seorang dari kalian yang kematian tiga orang anaknya, lalu ia sabar dan mengharap pahala dari Allah, kecuali pasti ia akan masuk syurga. Lalu berkatalah seorang wanita dari mereka, "Bagimana jika dua orang saja?" Rasulullah bersabda, "Meskipun dua orang".Balasan syurga itu adalah janji Allah dan tanda kasih sayang Allah. Dia menguji dengan kematian anak, tetapi Dia juga yang memberi balasan syurga di atas kesabaran dan keredhaan hamba menerima ujian yang diberi-Nya. Ibu bapa yang bersabar dan merelakan pemergian anak-anak mereka ke hadrat Allah Ta’ala akan mendapat keistimewaan disambut oleh anak-anak mereka sendiri dari mana-mana pintu syurga yang mereka inginkan sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda (riwayat Ibnu Majah dan Ahmad),Tidaklah seorang muslim yang meninggal tiga orang anak-anaknya sebelum mencapai usia baligh, kecuali mereka (anak-anak itu) akan menyambutnya dari pintu-pintu syurga yang lapan, dari pintu mana saja dia hendak masuk.Baginda SAW – melalui riwayat Imam Tirmidzi dan Ahmad – bersabda yang ibu bapa kematian seorang anak juga akan mendapat keistimewaan ini,Barangsiapa yang memiliki dua pendahulu (yakni, anak kecil yang meninggal) dari kalangan umatku, maka beliau akan memasuki syurga. A’isyah berkata, “Bapakku sebagai tebusanmu, apakah orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk syurga)?".Baginda bersabda, "orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk surga) wahai wanita yang diberi taufiq".Kesedihan kerana kehilangan adalah mainan perasaan. Saya akhiri catatan ini dengan satu pesanan untuk diriku dan juga ibu bapa yang menghadapi kehilangan anak-anak tersayang,Wahai ibu bapa yang bersedih,Sesungguhnya tidak ada sehelai daun yang jatuh di bumi melainkan dengan izinNya. Begitu juga tidak ada jiwa yang berpisah dari badan melainkan menurut ketetapan Tuhan yang Maha Esa. Namunapabila seorang hamba redha dengan ketentuan Tuhan, hamba itu akan disayangi Allah dan diganti dengan kebahagiaan indah dan abadi di akhirat nanti.Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.CREDIT UNTUK :BLOG INI
Labels:
gugur,
perkongsian
Subscribe to:
Posts (Atom)































