- Anak anugerah serta amanah Allah.Namun ajal maut juga milik Allah. Jemputannya tidak mengikut susunan usia. Logik akal – sepatutnya – ayah dan ibu dijemput pulang mendahului anak. Tua mendahului muda. Begitulah Allah SWT menunjukkan Kehebatan dan KekuasaanNya, anak-anak di dalam kandungan tidak sempat pun menangis melihat dunia, ada yang tidak sempat mengenal kedua ibu bapa dan perginya ketika usia di peringkat remaja. Ada juga yang tidak sempat menamatkan pengajian universiti. Allah ya Allah, kematian tidak pernah mengenal usia, pangkat dan darjat.Apabila tiba waktunya anak-anak ini pergi, tiada siapa yang mampu menahan walaupun ibu bapa tersayang. Hakikatnya, anugerah dan amanah Allah ini perlu dikembalikan. Sesiapa pun pasti bersedih dengan perpisahan ini apatah lagi ia melibatkan dunia dan akhirat. Baginda Rasulullah SAW tidak terkecuali. Baginda SAW sangat bersedih dengan pemergian Sayyidina Ibrahim anak lelaki baginda.Namun kesedihan melampau sehingga mempertikaikan taqdir Allah boleh membahayakan aqidah. Realiti kehidupan, kelihatan ramai ibu bapa diuji dengan kematian anak. Sebagaimana yang saya nyatakan, ramai berfikir – sepatutnya - yang tua sepatutnya pergi dahulu. Lalu apabila yang muda mendahului mereka, pastinya ia mengundang kesedihan yang amat sangat. Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Hibban pernah bersabda,Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu?". Malaikat menjawab, "Ya". Allah bertanya lagi, "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?". Malaikat menjawab, "Ya".Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku?". Malaikat menjawab, "Ia bersyukur padaMu serta mengucapkan, "dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya, "Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu Rumah Kesyukuran".Ibu bapa dan anak merupakan kisah kehidupan. Mereka ujian kegembiraan dan juga mungkin dijadikan ujian kedukaan. Misalnya - seorang sahabat – sudah dikurniakan tiga anak perempuan. Mereka menanti-nanti anak lelaki. Mungkin ia tidak dinyatakan namun hati tentunya menaruh harapan dan impian. Akhirnya – dengan Rahmat Allah SWT – mereka dianugerahkan dengan anak lelaki. Allahu Akbar, maka sempurnalah kehidupan dunia dengan dihiasi tiga anak perempuan seorang lelaki.Allah menguji mereka.Anak lelaki comel ini dipanggil pulang oleh Allah SWT setelah hanya seketika di dunia ini. Kurang lebih dua bulan sahaja. Beliau pergi tanpa penyebab besar. Allah ya Allah, lemah longlai sahabat ini menerima taqdir yang datangnya begitu mengejut sekali. Buah hati yang sekian lama dirindu rupanya hanya singgah sebentar di dalam dakapannya. Namun kehidupan dan kematian ini sudah tercatat di dalam luh mahfuz taqdir itu. Mudah-mudahan mereka akan berkumpul sekali lagi di syurga. Anak kecil itu bakal menanti ibu dan ayahnya di akhirat nanti. In Sha Allah.Mungkin ramai ibu bapa yang menghadapi ujian sebegini masih diselubungi kesedihan. Berikut dibawakan suatu kisah tamsilan. Mudah-mudahan ia memberi kelapangan di hati. In sya Allah.Seorang lelaki yang sedang dipenjarakan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau amat sayang dan kasih kepada anaknya dan tidak mahu berpisah. Lalu beliau membawa anaknya tinggal bersama di dalam penjara. Di sebabkan kasih, beliau tidak mahu berenggang dengan si anak meskipun keadaan di dalam penjara susah dan gelap.
Sultan penguasa negara tahu tentang perkara ini. Lalu baginda menawarkan tempat dan jaminan keselamatan kepada anak lelaki tadi. Sultan berjanji akan menjaga dan memberikan segala keperluan dan keistimewaan kepada anak lelaki itu. Syarat lelaki tersebut perlu lepaskan si anak dari sisinya di dalam penjara.Lelaki itu amat sedih untuk berpisah dengan anaknya walaupun Sultan menjamin keselamatan dan segala kebaikan untuk si anak. Malah lelaki itu juga akan bertemu dengan anaknya setelah keluar dari penjara suatu hari nanti. Namun rasa hiba dan tidak sanggup berpisah membuatkan lelaki itu menangis-nangis dan merayu jangan baginda mengambil anaknya kerana beliau akan kesunyian walaupun hati kecilnya tahu Sultan tidak akan memungkiri janji. Kawan-kawan menasihatinya. Mereka berkata,"Lepaskan anakmu, biarlah beliau bebas bergembira di luar sana. Beliau akan setia menantimu. Di luar sana tidak ada kesusahan langsung. Anakmu akan hidup di dalam istana yang indah dan sentiasa hampir dengan Sultan. Anakmu akan mendapat segala yang terbaik yang tidak ada di dalam penjara ini.Setelah engkau keluar penjara, engkau pasti akan bertemu dengannya tanpa rasa terpenjara lagi. Seharusnya engkau bersabar, tidak patut engkau memaksa anak itu tinggal di penjara yang sempit dan penuh kesusahan ini. Jangan lah engkau pentingkan diri, kasihani anakmu yang masih kecil ini. Biarlah beliau tenang dan bergembira di luar sana sehingga engkau kembali bertemunya.Akhirnya lelaki itu akur melepaskan anak yang dicintainya. Sehingga tamat tempoh beliau dipenjarakan, beliau bertemu anaknya kembali dalam suasana dan situasi yang sangat bahagia kerana tiada kesengsaraan lagi seperti di dalam penjara dahulu. Sultan benar-benar memenuhi janjinya.Demikianlah tamsilan mudah sebagai renungan. Penjara itu bayangan dunia. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda melalui riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah yang bermaksud, "dunia itu penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”.Ibu bapa yang tidak redha dengan kematian anak-anak mereka, umpama memaksa anak-anak tinggal di dalam penjara bersama mereka sedangkan kematian anak-anak itu adalah lebih baik. Mereka bebas dari belenggu dunia yang sempit. Malah mereka setia menanti ibu bapa mereka keluar dari penjara dunia. Marilah perhatikan butir-butir permata sabdaan Baginda Rasulullah SAW mudah-mudahan menjadi penawar hati bagi ibu bapa yang sedang bersedih. Rasulullah SAW pernah bersabda – riwayat Al-Bukhari – yang bermaksud,Tidak seorang muslim pun yang kematian tiga orang anaknya yang belum baligh kecuali Allah akan memasukkannya (yakni ibu bapa) ke dalam syurga kerana keutamaan rahmat-Nya kepada mereka.Wanita-wanita yang keguguran atupun kematian anak kecil hendaklah membesarkan Allah SWT. In Syaa Allah, Dia akan membesarkan semangat dan hati-hati yang sempit dengan kehilangan tersebut. Anak-anak hak mutlak Allah. Lalu jika Pemiliknya mahu mengambil kembali haknya maka ibu bapa tidak berhak menahannya. Pemergian anak kecil bukanlah siksaan Allah kepada ibu bapa tetapi ia adalah kasih sayang Allah yang datang menghampiri. Perhatikan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ini,Tidaklah salah seorang dari kalian yang kematian tiga orang anaknya, lalu ia sabar dan mengharap pahala dari Allah, kecuali pasti ia akan masuk syurga. Lalu berkatalah seorang wanita dari mereka, "Bagimana jika dua orang saja?" Rasulullah bersabda, "Meskipun dua orang".Balasan syurga itu adalah janji Allah dan tanda kasih sayang Allah. Dia menguji dengan kematian anak, tetapi Dia juga yang memberi balasan syurga di atas kesabaran dan keredhaan hamba menerima ujian yang diberi-Nya. Ibu bapa yang bersabar dan merelakan pemergian anak-anak mereka ke hadrat Allah Ta’ala akan mendapat keistimewaan disambut oleh anak-anak mereka sendiri dari mana-mana pintu syurga yang mereka inginkan sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda (riwayat Ibnu Majah dan Ahmad),Tidaklah seorang muslim yang meninggal tiga orang anak-anaknya sebelum mencapai usia baligh, kecuali mereka (anak-anak itu) akan menyambutnya dari pintu-pintu syurga yang lapan, dari pintu mana saja dia hendak masuk.Baginda SAW – melalui riwayat Imam Tirmidzi dan Ahmad – bersabda yang ibu bapa kematian seorang anak juga akan mendapat keistimewaan ini,Barangsiapa yang memiliki dua pendahulu (yakni, anak kecil yang meninggal) dari kalangan umatku, maka beliau akan memasuki syurga. A’isyah berkata, “Bapakku sebagai tebusanmu, apakah orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk syurga)?".Baginda bersabda, "orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk surga) wahai wanita yang diberi taufiq".Kesedihan kerana kehilangan adalah mainan perasaan. Saya akhiri catatan ini dengan satu pesanan untuk diriku dan juga ibu bapa yang menghadapi kehilangan anak-anak tersayang,Wahai ibu bapa yang bersedih,Sesungguhnya tidak ada sehelai daun yang jatuh di bumi melainkan dengan izinNya. Begitu juga tidak ada jiwa yang berpisah dari badan melainkan menurut ketetapan Tuhan yang Maha Esa. Namunapabila seorang hamba redha dengan ketentuan Tuhan, hamba itu akan disayangi Allah dan diganti dengan kebahagiaan indah dan abadi di akhirat nanti.Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.CREDIT UNTUK :BLOG INI
25 April 2013
KEHILANGAN
09 April 2013
sudah ketentuan-Nya...
assalamualaikum..
ermmm byk menda nak citer..
tak tahu mana nak mula...
nampaknya kandungan kali ni tak bertahan lama...menghampiri 2 bulan jugak..alah tu mmg alah..tp kurang sgt berbanding kakak2..
29 mac.
rasa something kuar..aku tgk2 ada kuar coklat2..eemmm hati dh xsedap...nampaknya kandungan kali ni mcm kakak najla jgk..ada spottish...ke klinik check doc kata kandungan mcm tak cantik..tak nampak bb...aku tak percaya..so decide nak jumpa esok doc yg scan memula.
30 mac..
masih kuat lagi..tapi tak byk..just sikit sgt..terus ke klinik yg checkup...doc scan dia kata rahim aku jenis ke belakang.susah nak nampak bb..tp kantung semua membentuk elok...mc 3 ari...
4 april..
kembali ke klinik..sebab rasa bb dah xda..dah start kuar darah..tp xheavy..hati dah redha..
jumpa doc dia scan..comfirm bb dh xda..kantung dah bergerigi..dh xcantik...doc bg ubat untuk kuarkan kantung..blk terus mkn 2 biji...start sakit..tp masih blh tahan...mlm kul 9...rasa sakit yg amat sgt..sama mcm contraction...sakit sampai ke pinggang...
masuk toilet terus kuar kantung..kecil je...my sis kata dah kuar la tu..darah kuar byk sgt...tp prut masih sakit lagi...baring...dlm 15min nak terkencing g toilet..elok je mencangkung terus kuar kantung yg besar dan jugak darah beku...
Allah hu akhbar...kandungan ku akhirnya kuar jugak..
rasa lega sgt..ilang kesakitan..rasa sama seperti melahirkan anak...
rasa mcm xpercaya aku dah gugur..sedih sgt..kehilangan anak ke3..
5 april..
my sis cuci elok2 kantung tu..kitorg tanam mcm tanam uri.
kakak lala cakap adik adam ada dengan Allah la mama..
ohh..lupa plak..sejak aku mengandung ni bb ni kami semua panggil adam...
walaupun tak tahu jantina..sunat namakan dgn nama lelaki..so nama bb ni muhammad adam rizqi...rezeki dr Allah buat kami sekeluarga..
so sehingga arini aku masih mc...berpantang 2 minggu mcm org bersalin jugak..
semalam 8april hari lahir aku yg ke 33...begitu indah hadiah yg Allah beri buat aku..saham akhirat utk kami...
