Pages

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

10 September 2019

Amalan Sedikit Tapi Berterusan


Amalan Sedikit Tapi Berterusan
عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amalan yang paling dicintai Allah terhadap hambanya adalah yang dilakukan secara berterusan walaupun jumlahnya sedikit.
2. Menurut Ibnu Rajab ”Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu melanjutkan dengan kebaikan lainnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula barangsiapa yang melaksanakan kebaikan, namun dilanjutkan dengan amalan keburukan, maka itu adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.” (Latho-if Al Ma’arif, hal. 394)
3. Lakukan amal baik berterusan walaupun sedikit. ’Alqomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin ’Aisyah, ”Wahai Ummul Mukminin, bagaimanakah Rasulullah SAW beramal? Apakah baginda mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?” ’Aisyah menjawab,
لاَ. كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً وَأَيُّكُمْ يَسْتَطِيعُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَسْتَطِيعُ
”Tidak. Amalan beliau adalah amalan yang berterusan (rutin). Siapa saja di antara kalian pasti mampu melakukan yang baginda lakukan.”(HR. Muslim no. 783)
4. Imam Nawawi mengatakan, ”Ketahuilah bahawa amalan yang sedikit namun berterusan dilakukan, itu lebih baik dari amalan yang banyak namun cuma sesekali saja dilakukan. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memudahkan amalan ketaatan, zikir, pendekatan diri pada Allah, niat dan keikhlasan dalam beramal, juga akan membuat amalan tersebut diterima Allah. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat dibandingkan dengan amalan yang banyak namun sesekali saja dilakukan.”(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 3/133)
5. Amalan yang sedikit tetapi berterusan akan mencegah masuknya virus ”futur” (penat atau jemu untuk beramal). Rasulullah SAW bersabda:
وَلِكُلِّ عَمِلٍ شِرَّةٌ وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ فَمَنْ يَكُنْ فَتْرَتُهُ إِلَى السُّنَّةِ فَقَدِ اهْتَدَى وَمَنْ يَكُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ فَقَدْ ضَلَّ
”Setiap amal itu pasti ada masa semangatnya. Dan setiap masa semangat itu pasti ada masa futur (malasnya). Barangsiapa yang kemalasannya masih dalam sunnah (petunjuk) Nabi SAW, maka dia berada dalam petunjuk. Namun barangsiapa yang keluar dari petunjuk tersebut, sungguh dia telah menyimpang.”(HR. Thobaroni dalam Al Mu’jam Al Kabir) Status: Sahih
Ayuh kita istiqamah melaksanakan amal solleh walaupun ianya sedikit.

31 July 2018

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah





Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
 .
.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akanmemudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
 .
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursisekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
 .
.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
  .
.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

04 July 2013

sesungguhnya...





Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

27 June 2013

Sahabat Rasullulah Yang Masih Hidup…

Sedih dan sayu hati apabila menatap pokok ini yang digelar sahabat Nabi.  Ketika hayat Rasulullah SAW, baginda menjadikan pokok ini sebagai tempat berlindung dan masih lagi terpelihara hidup hingga ke hari ini dengan izin Allah Ta’ala.
Inilah keajaiban anugerah Allah yang Esa..

pokok_Nabi
Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW…

Tentang pokok tersebut :
✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم.  Pohon yang diberkati.

✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.

Sedikit sejarah mengenainya…
✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.   Sebagaimana kita tahu, Rasulullah SAW dua kali tiba di Bosra ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun  dan bertemu dengan Rahib Buhaira.
Maka, terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu seperti yang tercatat dalam kitab Injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
Kali kedua Rasulullah SAW ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA.  Selepas dari Tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km, kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
Hingga ke hari ini pohon ini  tetap subur walaupun berada di tengah-tengah  padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya.  Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua.

✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

Renung-renungkan…

copy dr blog: http://bicarasantai.com

13 June 2013

perkongsian

  untuk renungan bersama


Wasiat dan Nasihat

Habib Umar bin Hafidz

Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman

Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah

Barang siapa Semakin mengenal kepada Allah niscaya akan semakin takut.

Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.


22 May 2013

Ya Allah....ampunkan aku..

Salam rinduku buat kekasih. Maafkan aku andai aku melupakanMu . Tidak pantas seorang hamba melupakan Allah walau sesaat. Kerana Engkau tidak pernah melupakan hambaMu walau sesaat. Engkau menjaga aku dalam keadaan aku tidur dan terjaga. dalam keadaan aku kegelapan dan keseorangan. Kalau Engkau tidak melindungiku, pasti apalah kiranya keadaanku saat ini.
Terima kasih atas jagaanMu yang terlalu banyak tidak ternilai.
ingataku tidak setanding ingatanMu padaku.
Benar aku katakan, aku terlalu hina Ya Allah 


Ampunkan diriku.

25 April 2013

KEHILANGAN

  • Anak anugerah serta amanah Allah.
    Namun ajal maut juga milik Allah. Jemputannya tidak mengikut susunan usia. Logik akal – sepatutnya – ayah dan ibu dijemput pulang mendahului anak. Tua mendahului muda. Begitulah Allah SWT menunjukkan Kehebatan dan KekuasaanNya, anak-anak di dalam kandungan tidak sempat pun menangis melihat dunia, ada yang tidak sempat mengenal kedua ibu bapa dan perginya ketika usia di peringkat remaja. Ada juga yang tidak sempat menamatkan pengajian universiti. Allah ya Allah, kematian tidak pernah mengenal usia, pangkat dan darjat.
    Apabila tiba waktunya anak-anak ini pergi, tiada siapa yang mampu menahan walaupun ibu bapa tersayang. Hakikatnya, anugerah dan amanah Allah ini perlu dikembalikan. Sesiapa pun pasti bersedih dengan perpisahan ini apatah lagi ia melibatkan dunia dan akhirat. Baginda Rasulullah SAW tidak terkecuali. Baginda SAW sangat bersedih dengan pemergian Sayyidina Ibrahim anak lelaki baginda.
    Namun kesedihan melampau sehingga mempertikaikan taqdir Allah boleh membahayakan aqidah. Realiti kehidupan, kelihatan ramai ibu bapa diuji dengan kematian anak. Sebagaimana yang saya nyatakan, ramai berfikir – sepatutnya - yang tua sepatutnya pergi dahulu. Lalu apabila yang muda mendahului mereka, pastinya ia mengundang kesedihan yang amat sangat. Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Hibban pernah bersabda,
    Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu?". Malaikat menjawab, "Ya". Allah bertanya lagi, "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?". Malaikat menjawab, "Ya".

    Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku?". Malaikat menjawab, "Ia bersyukur padaMu serta mengucapkan, "dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya, "Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu Rumah Kesyukuran".

    Ibu bapa dan anak merupakan kisah kehidupan. Mereka ujian kegembiraan dan juga mungkin dijadikan ujian kedukaan. Misalnya - seorang sahabat – sudah dikurniakan tiga anak perempuan. Mereka menanti-nanti anak lelaki. Mungkin ia tidak dinyatakan namun hati tentunya menaruh harapan dan impian. Akhirnya – dengan Rahmat Allah SWT – mereka dianugerahkan dengan anak lelaki. Allahu Akbar, maka sempurnalah kehidupan dunia dengan dihiasi tiga anak perempuan seorang lelaki.

    Allah menguji mereka.
    Anak lelaki comel ini dipanggil pulang oleh Allah SWT setelah hanya seketika di dunia ini. Kurang lebih dua bulan sahaja. Beliau pergi tanpa penyebab besar. Allah ya Allah, lemah longlai sahabat ini menerima taqdir yang datangnya begitu mengejut sekali. Buah hati yang sekian lama dirindu rupanya hanya singgah sebentar di dalam dakapannya. Namun kehidupan dan kematian ini sudah tercatat di dalam luh mahfuz taqdir itu. Mudah-mudahan mereka akan berkumpul sekali lagi di syurga. Anak kecil itu bakal menanti ibu dan ayahnya di akhirat nanti. In Sha Allah. 

    Mungkin ramai ibu bapa yang menghadapi ujian sebegini masih diselubungi kesedihan. Berikut dibawakan suatu kisah tamsilan. Mudah-mudahan ia memberi kelapangan di hati. In sya Allah.

    Seorang lelaki yang sedang dipenjarakan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau amat sayang dan kasih kepada anaknya dan tidak mahu berpisah. Lalu beliau membawa anaknya tinggal bersama di dalam penjara. Di sebabkan kasih, beliau tidak mahu berenggang dengan si anak meskipun keadaan di dalam penjara susah dan gelap.

    Sultan penguasa negara tahu tentang perkara ini. Lalu baginda menawarkan tempat dan jaminan keselamatan kepada anak lelaki tadi. Sultan berjanji akan menjaga dan memberikan segala keperluan dan keistimewaan kepada anak lelaki itu. Syarat lelaki tersebut perlu lepaskan si anak dari sisinya di dalam penjara.
    Lelaki itu amat sedih untuk berpisah dengan anaknya walaupun Sultan menjamin keselamatan dan segala kebaikan untuk si anak. Malah lelaki itu juga akan bertemu dengan anaknya setelah keluar dari penjara suatu hari nanti. Namun rasa hiba dan tidak sanggup berpisah membuatkan lelaki itu menangis-nangis dan merayu jangan baginda mengambil anaknya kerana beliau akan kesunyian walaupun hati kecilnya tahu Sultan tidak akan memungkiri janji. Kawan-kawan menasihatinya. Mereka berkata,
    "Lepaskan anakmu, biarlah beliau bebas bergembira di luar sana. Beliau akan setia menantimu. Di luar sana tidak ada kesusahan langsung. Anakmu akan hidup di dalam istana yang indah dan sentiasa hampir dengan Sultan. Anakmu akan mendapat segala yang terbaik yang tidak ada di dalam penjara ini.
    Setelah engkau keluar penjara, engkau pasti akan bertemu dengannya tanpa rasa terpenjara lagi. Seharusnya engkau bersabar, tidak patut engkau memaksa anak itu tinggal di penjara yang sempit dan penuh kesusahan ini. Jangan lah engkau pentingkan diri, kasihani anakmu yang masih kecil ini. Biarlah beliau tenang dan bergembira di luar sana sehingga engkau kembali bertemunya.
    Akhirnya lelaki itu akur melepaskan anak yang dicintainya. Sehingga tamat tempoh beliau dipenjarakan, beliau bertemu anaknya kembali dalam suasana dan situasi yang sangat bahagia kerana tiada kesengsaraan lagi seperti di dalam penjara dahulu. Sultan benar-benar memenuhi janjinya.
    Demikianlah tamsilan mudah sebagai renungan. Penjara itu bayangan dunia. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda melalui riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah yang bermaksud, "dunia itu penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”.
    Ibu bapa yang tidak redha dengan kematian anak-anak mereka, umpama memaksa anak-anak tinggal di dalam penjara bersama mereka sedangkan kematian anak-anak itu adalah lebih baik. Mereka bebas dari belenggu dunia yang sempit. Malah mereka setia menanti ibu bapa mereka keluar dari penjara dunia. Marilah perhatikan butir-butir permata sabdaan Baginda Rasulullah SAW mudah-mudahan menjadi penawar hati bagi ibu bapa yang sedang bersedih. Rasulullah SAW pernah bersabda – riwayat Al-Bukhari – yang bermaksud,
    Tidak seorang muslim pun yang kematian tiga orang anaknya yang belum baligh kecuali Allah akan memasukkannya (yakni ibu bapa) ke dalam syurga kerana keutamaan rahmat-Nya kepada mereka. 

    Wanita-wanita yang keguguran atupun kematian anak kecil hendaklah membesarkan Allah SWT. In Syaa Allah, Dia akan membesarkan semangat dan hati-hati yang sempit dengan kehilangan tersebut. Anak-anak hak mutlak Allah. Lalu jika Pemiliknya mahu mengambil kembali haknya maka ibu bapa tidak berhak menahannya. Pemergian anak kecil bukanlah siksaan Allah kepada ibu bapa tetapi ia adalah kasih sayang Allah yang datang menghampiri. Perhatikan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ini,

    Tidaklah salah seorang dari kalian yang kematian tiga orang anaknya, lalu ia sabar dan mengharap pahala dari Allah, kecuali pasti ia akan masuk syurga. Lalu berkatalah seorang wanita dari mereka, "Bagimana jika dua orang saja?" Rasulullah bersabda, "Meskipun dua orang".

    Balasan syurga itu adalah janji Allah dan tanda kasih sayang Allah. Dia menguji dengan kematian anak, tetapi Dia juga yang memberi balasan syurga di atas kesabaran dan keredhaan hamba menerima ujian yang diberi-Nya. Ibu bapa yang bersabar dan merelakan pemergian anak-anak mereka ke hadrat Allah Ta’ala akan mendapat keistimewaan disambut oleh anak-anak mereka sendiri dari mana-mana pintu syurga yang mereka inginkan sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda (riwayat Ibnu Majah dan Ahmad),
    Tidaklah seorang muslim yang meninggal tiga orang anak-anaknya sebelum mencapai usia baligh, kecuali mereka (anak-anak itu) akan menyambutnya dari pintu-pintu syurga yang lapan, dari pintu mana saja dia hendak masuk. 

    Baginda SAW – melalui riwayat Imam Tirmidzi dan Ahmad – bersabda yang ibu bapa kematian seorang anak juga akan mendapat keistimewaan ini,
    Barangsiapa yang memiliki dua pendahulu (yakni, anak kecil yang meninggal) dari kalangan umatku, maka beliau akan memasuki syurga. A’isyah berkata, “Bapakku sebagai tebusanmu, apakah orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk syurga)?".

    Baginda bersabda, "orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk surga) wahai wanita yang diberi taufiq".

    Kesedihan kerana kehilangan adalah mainan perasaan. Saya akhiri catatan ini dengan satu pesanan untuk diriku dan juga ibu bapa yang menghadapi kehilangan anak-anak tersayang,
    Wahai ibu bapa yang bersedih,
    Sesungguhnya tidak ada sehelai daun yang jatuh di bumi melainkan dengan izinNya. Begitu juga tidak ada jiwa yang berpisah dari badan melainkan menurut ketetapan Tuhan yang Maha Esa. Namunapabila seorang hamba redha dengan ketentuan Tuhan, hamba itu akan disayangi Allah dan diganti dengan kebahagiaan indah dan abadi di akhirat nanti.

    Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.


    CREDIT UNTUK :BLOG INI

27 September 2012

Apabila kita sakit..

Apabila sorg hamba ALLAH jatuh sakit...
ALLAH SWT akan mengutuskan 4 malaikat :-
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKKAN WAJAHNYA (pucat)
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah ALLAH tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, ALLAH akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi, ALLAH tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNYA tersebut.

Subhanallah...betapa mulia dan baik hatinya ALLAH terhadap kita. Janglah bersangka buruk terhadap ALLAH ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNYA. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

entry credit to azizah dan zie madini

01 June 2012

hijab


Salam Jumaat semua..

25 May 2012

aurat wanita







Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila
telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan
menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

1. Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

3. Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.

4. Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

19 May 2012

petua buang toksik dalam badan

salam weekend semua..

me nak share sedikit petua / info:

cara untuk buang toksik dlm badan dan melawaskan sistem pencernaan kita (bagi yg sembelit)

  • 1 biji epal
  • sebatang saleri
blend /kisar epal dgn saleri + air ler..
jgn buang hamaps dia..
aku minum jer semua..

amik setiap pagi sebelum sarapan..
alhamdulillah me dah amalkan..
so far memang puas hati la..
me kan ada penyakit baru sekarang.. akibat makan ubat berlebihan masa demam campak aritu badan me mengalami badan yang punyai toksik berlebihan..
me jadi kembung perut walaupun mkn dgn kuantiti yg sedikit..dan susah membuang..(sebelum ni me la juara)

 me nak share skit pasal toksin ni...

Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Simptom-simptom toksin berlebihan


  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
Tanda tanda lain 
  1. seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Punca- punca toksin 

  1. apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  2. pemakanan ubat-ubatan kimia
  3. merokok
  4. pengambilan minuman keras 
  5. pemakanan yang tidak seimbang
Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
  1. makan makanan yang kaya dengan fiber
  2. cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
  3. ambil Vitamin C
  4. minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
  5. breathe deeply
  6. hot shower 5 minit
  7. sauna
  8. Exercise 
note : sayang2 la badan kita yek..



14 April 2012

tips penjagaan demam campak...

Arini dh hari ke 3 iris chicken pox a.k.a campak..

So far pening jgkla jaga dia...

Siang ok..mlm meragam sgt2...

Gatai la..sakit la semua ada...

me nak share pengalaman menjaga anak kena campak ni...


1.biasanya bb akan demam dan diikuti dgn ruam campak ni..

Tapi kes iris dia tak demam cuma selsema nagn batuk..ni pun antara simptom2..


2.kalau g klinik doc akan bg ubat demam,cream anti viral atau cholomine lotion..


3. Tradisional pulak ubatnya daun semambu..buat mandi daunnya dan ambil pucuk2 ikat buat sapu2 bdn kalau gatal..campak ni kan tak leh garu..so guna daun ni la buat sapu gataltu..


4. Satu lagi. mandi ngan ubat biru- kmnO4( potassium permanganate) leh dpt kat farmasi..masuk satu penutup kacau dgn sebaldi air..air akan bertukar warna pink.


5. Petua satu lg bg mkn sup ayam ngan minum air kelapa..


Cara yg me buat kat iris:

*bgn pagi mandikan dia dgn daun semambu ni...daun ni leh dpt kat tepi jln atau byk kat umah india..me minta tlg adik kwn crkan kat maybank training bangi.rupanya kat putrajaya ni pun ada..kat tmn warisan.


Daun ni kena ramas smpai kuar air hijau..tujuan dia nak kuarkan campak tu ngan bg cepat kering.me blend dlm blender utk dptkan air pastu tapisla...

Dh mandi jgn bilas air tu dn jgn lap..biar kering sendiri..me sapu cholomine lotion tu bg iris tak gatai..jgn pakaikan baju cotton kalau blh kain yg lembut2 mcm sutera tu utk elak dia gatai..tp dh xde me tak pakaikan dia baju..

Pastu bg ubat demam..kalau dia gatai just gosok2 dgn tgn ja atau ikatan daun tu..iris pandai buat sendiri bila dia gatai...

Kesian sgt tgk dia gatai2...


Bila mlm plak sebelum tido sapukan dia cholimine lotion tu byk2...buka aircond kuat skit bg dia sejuk...me ada bg ubat tahan gatai kat dia nama piriton utk bg dia ngatuk dn x gatai...


So far iris punya campak dh kering la skit..hrp cepat sembuh 2-3 arini...


Semoga dgn info yg tak seberapa ini leh jd guideline pd korang kalau anak kena chicken pox ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

17 February 2012

perkongsian untuk ibu2..

makanan minda untuk kanak2..
me dapat dr blog ni..
terima kasih kerana mahu berkongsi

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.




Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

Sama2 la kita mencuba untuk anak2 kita..