Nabi SAW bersabda, ” Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke
Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu
tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim no:233)
Nabi SAW bersabda, ” Sesiapa sempat bertemu Raadhan dan tidak diampun
dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah ” (HR Ibn Hibban)
Nabi SAW bersabda,
” Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu
berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu
neraka ditutup, syaitan diikat dan di malamnya terdapat malam yang
lebih baik dari seribu bulan,”
(HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Nabi SAW
bersabda, ” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu
rahmat.”
(HR Muslim)
Nabi
SAW bersabda,” Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan
ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di
ampun oleh Allah.”
(HR Bukhari)


0 hugs for me:
Post a Comment