Objek terang
Ketika ini penglihatan si kecil mudah dirangsang dengan menggunakan objek warna terang. Dia akan asyik bermain dengannya. Lebih menarik jika mainan itu mempunyai bunyi apabila ditekan oleh si kecil. Bunyi bising daripada mainan itu akan membuatkan si kecil ‘sibuk’ sepanjang hari. Contoh permainan yang selamat ialah anak patung dan buku lembut.
Cermin oh Cermin!
Letakkan si kecil di hadapan cermin. Biarkan dia bermain dengan ‘dirinya’ yang dianggap sebagai kawan barunya. Pasti dia seronoknya melihat pergerakan tangan dan badannya. Si kecil mungkin akan mencium dirinya sendiri dan tersenyum sendiri.
Anak patung beruang
Aktiviti menggoyangkan anak patung beruang ini, akan membuatkan si kecil teruja untuk tersenyum. Gerakkan anak patung ini ke kanan dan ke kiri. Juga beberapa aksi seperti anak patung ini terjatuh dan terkena badannya. Aktiviti sebegini membuatkan si kecil ceria. Malah dia akan cuba mencapai dengan tangan untuk mendapatkan anak patung untuk dipeluknya.

0 hugs for me:
Post a Comment