Pages

12 October 2017

oh sikembar






gelagat sikembar di rumah ibu pengasuh...

10 October 2017

happy 7 months baby girl mama



10.10.2017 

sekejap je dah 7 bulan Nur Ayra Saffiya ni....


meh tgk perkembangan bayi 7 bulan...

Apakah yang bayi saya boleh lakukan pada usia 7 bulan?

Bayi anda semakin pandai menggunakan tangannya. Ini akan berguna sewaktu makan apabila dia belajar minum daripada cawan bertangkai dua sendiri. Tidak lama lagi dia akan akan dapat menepuk tangan, dan mungkin menunjukkan penghargaan apabila anda menyanyi untuknya.

Bayi anda mungkin lebih banyak keluar air liur bulan ini. Ramai bayi yang keluar gigi pertama mereka pada usia ini. Gegelung tumbuh gigi yang sejuk boleh membantu melegakan gusi yang sengal..


Bilakah bayi saya akan boleh menyokong beratnya pada kakinya?

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. 

Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya. 


Bayi belajar memegang

Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek. 

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. 

Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya, dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. 

Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa. 


Tumbuh gigi bayi

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. 

Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. 

Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya. 



Perasaan tak senang ketika berpisah

Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. 


Memahami bagaimana objek berhubung kait

Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda. 

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya. 



Patung dan permainan yang menyeronokkan

Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda. 

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar. 

19 September 2017

kisah anak2





kalau cerita bab anak2 ni sampai bila pun tak habis...

saja la nak cerita pasal si kembar nisa dan dina..

nisa dina dah 3thn 7bulan...
dah petah dah berckp..thn depan dah blh hantar sekolah..
diorg ni suka sgt gaduh walaupun kembar..mama harap bila besar nanti diorg akan rapat...bukan blh main sesama..sat je main sesama tu ..kang jap g dgr la slh sorg nangis kena cepuk..
nisa sgt garang dan hati kering
dina tak membalas dan hati tisu..
dr kecik lagi mcm tu..
nisa mkn memilih..allergik dgn udang..mkn udang jer terus bengkak 1 bdn..
dina senang mkn..pasal tu bulat sikit..semua mkn...24/7 nak mkn jer dia..
kalau naik keta tu mama ngan abah tak leh nak sembang kena dgr diorg berckp ja..ada ja beda nak tanya..nak ckp...jenuh mama abah layan...

mama doakan nisa dina jd anak yg berjaya dunia akhirat..syg satu sama lain ye...



ooo si kecik ayra ..
dah 6 bulan.full BF..
kejap je dah 6 bulan..
adik ni tgk je halus...tp bdn keras ni..dlm keta takde nya nak duduk...nak berdiri jer...
dah blh meniarap..menyulur tp ke belakang..
dah start mkn bubur...memula mama buat puri..tp ma bg bubur terus bg kenyang sikit..
ayra ni mama masih full BF dia..rezeki ayra..Alhamdulillah
mama doakan semoga adik terus membesar dgn jayanya..amin..






meh nak citer pasal anak dara kami plak..
kakak najla dah 9 tahun darjah 3..
Alhamdulillah belajar pun ok..mcm dia la...
sebagai kakak /anak sulung memang byk membantu mama uruskan adik2..
mandikan adik suapkan adik2..(tp lebih pada suap ke mulut dia)
bdn kurus..tp kuat mkn..
kuat menyakat iris..
kuat menyebai..
kena ckp byk kali br nak buat kerja yg mama suruh
ralit dok layan drama minah ni...
Alhamdulillah Allah bg mama kakak untuk mambantu mama..mama doakan kakak menjadi anak yg solehah dan kakak yg tersgt baik untuk jg adik2 kiranya mama abah dah tiada nanti..
kakak kena ingat kakak la tempat adik2 bergantung nanti..bg contoh yg baik buat mereka...


yg last psal si iris...

rajin dan ringan tulang tlg mama..tp kena tahan telinga dgr dia membebel(mewarisi mama..hhehehe)
iris 7 thn..drj 1..baru2 ni terima anugerah cemerlang..mama pun xsangka..sbb iris ni dia tak menunjuk sgt kat mama bab belajar2 ni..lagipun dia belajar dual language programme (semua subjek dlm Bi)...Alhamdulillah dpt no 9/88 dlm keseluruhan darjah 1...mama pun tak sangka..
iris ni dia mudah ja .....semua menda nak buat sendiri..dia pun byk membantu mama uruskn adik2..
terima kasih anak2 mama bantu mama.
mama doakan iris jd kakak yg baik utk nisa dina ayra dan adik yg baik utk kakak najla...





MAMA SAYANG ANAK2 MAMA...
"Ya Allah Kau peliharalah anak2 ku..jadikan mereka anak2 yg solehah dunia dan akhirat" amin..

*********************************************************************************

DOA UNTUK ANAK AGAR DIBERI RAHMAT


Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.
doa untuk anak
(Al-Ahqaaf Ayat 15)
“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”
Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

bawa anak2 ke sambutan hari kemerdekaan


31 ogos 2017...

bgn awal semua pagi tu...kakak adik dan kembar excited nak tgk merdeka...1 st time la kan..
saja seronok bw depa tgk sambutan merdeka..