Alhamdulillah..
tahun ni dapat menyambut puasa lagi..
yang lebih best tahun ni dapat berpuasa di kedah..
Semoga tahun ni ramadhan yang lebih bermakna untuk kami sekeluarga...
09 July 2013
04 July 2013
sesungguhnya...
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Labels:
perkongsian
27 June 2013
Sahabat Rasullulah Yang Masih Hidup…
Sedih dan sayu hati apabila menatap pokok
ini yang digelar sahabat Nabi. Ketika hayat Rasulullah SAW, baginda
menjadikan pokok ini sebagai tempat berlindung dan masih lagi
terpelihara hidup hingga ke hari ini dengan izin Allah Ta’ala.
Inilah keajaiban anugerah Allah yang Esa..
Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW…
Tentang pokok tersebut :
✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabi Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.
✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup
lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau
“sahabat Nabi yang masih hidup”.
✔ Ketika Rasulullah صلى الله
عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah
ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah
pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔ Semasa Baginda صلى الله عليه
وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak
menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
✔ Seorang paderi yang melihat kejadian
ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat
teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang
Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
✔ Pohon ini terletak di tengah padang
pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia
berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu,
Rasulullah SAW dua kali tiba di Bosra ketika bersama bapa saudaranya Abi
Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira.
Maka, terserlah tanda kerasulan baginda
di belakang bahu seperti yang tercatat dalam kitab Injil tentang tanda
kerasulan nabi akhir zaman.
Kali kedua Rasulullah SAW ke Bosra
membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA. Selepas dari Tanah Tabuk
hingga ke Bosra sejauh lebih 500km, kita tidak akan berjumpa dengan
pokok seumpama di atas.
Hingga ke hari ini pohon ini tetap subur
walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang.
Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan
kehendak-Nya jua.
✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar
Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah صلى الله عليه وسلم-
pernah berada di situ.
copy dr blog: http://bicarasantai.com
Labels:
perkongsian
Subscribe to:
Posts (Atom)




