Pages

22 May 2013

Ya Allah....ampunkan aku..

Salam rinduku buat kekasih. Maafkan aku andai aku melupakanMu . Tidak pantas seorang hamba melupakan Allah walau sesaat. Kerana Engkau tidak pernah melupakan hambaMu walau sesaat. Engkau menjaga aku dalam keadaan aku tidur dan terjaga. dalam keadaan aku kegelapan dan keseorangan. Kalau Engkau tidak melindungiku, pasti apalah kiranya keadaanku saat ini.
Terima kasih atas jagaanMu yang terlalu banyak tidak ternilai.
ingataku tidak setanding ingatanMu padaku.
Benar aku katakan, aku terlalu hina Ya Allah 


Ampunkan diriku.

07 May 2013

Hidayah Allah.

Hidayah milik Allah, benar..?
Tapi setiap dari kita inginkan perkara yang menjurus kepada kebaikan, benar?
Misalnya, kita ingin berpasangan dengan psangan yang soleh/solehah.
kita ingin mendapatkan anak yang soleh/solehah ...
tambahan, kita semua mempunyai impian untuk memasuki syurga Allah,
ingin rasa disayangi , dikasihi , dan dimuliakan di sisi Allah di akhirat nanti..
benar?
kita berhak memilih jalan hidup kita.
sekiranya kita memilih jalan untuk menempuh kebahagiaan di syurga,
pastinya kita akan memilih jalan untuk ke sana
ingatlah:
bahawa orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, akan disediakan syurga yang mengalir sungai - sungai di bawahnya.
(Surah Muhammad : 12)
jelaslah, kita semua memiliki fitrah kebaikan.
dan saya yakin dan percaya setiap di antara kita sangat ingin untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik.
cuma, yang menjadi penghalangnya apabila di hati kita berbisik,

"malulah aku, orang tengok. malu aku untuk berubah........"
tahukah kita yang membisikkannya itu ialah musuh utama kita iaitu syaitan.
Sampai kiamat, dia akan menyesatkan setiap anak adam di muka bumi ini.
kita semua tahu kewujudan syaitan, tapi kenapa kita tak berjaya juga untuk melawannya.. cuba fikirkan kenapa, ya?
alangkah bahagianya orang yang mendapat petunjuk. sudah diberikan petunjuk, maka Allah menambahkan lagi petunjuknya, kemudiakan Allah menganugerahkan ketaqwaan kepadaNya.
Jelaslah perkataan ini saya gambarkan daripada merujuk kepada ayat al-quran (surah Muhammad:7)
Apa yang saya boleh katakan, adalah perumpamaan ini:
Renung-renungkan .
Bagi yang telah memperoleh hidayah, jagailah , hargailah hidayah yang datang menyapa. Usah sombong kerana hidayah itu milik Allah, DIA berhak memberi dan mengambi kembali. Peliharalah ia sesungguhnya ia adalah nikmat yang sangat berharga. Malah, ia nikmat yang membantu kita untuk ke syurga.
sahabat semua, yang dikasihi Allah s.w.t, pabila hidayah tersulam dalam diri kita, maka syukurilah, kerana masih terlalu ramai saudara kita yang berada di luar sana yang masih tersimpang dan Allah telah memilih kita untuk kembali kepadaNya. Kenapa kita?
Allah yang lebih tahu jawapannya. Anda pasti tersenyum saat anda menyedarinya, betapa nikmat hidayah itu besar bagi anda.
untunglah barangsiapa yang memilih akhirat sebagai tujuannya.
merugilah barangsiapa yang memilih dunia sebagai hiburan baginya.
siapa bercita-cita untuk memenangi anugerah  bintang popular di akhirat ?
Haha, ada ke?  Tersenyum saya sendiri. Tapi nak gambarkan di fikiran saya segalanya indah  di akhirat sana sebenarnya..
Ada suatu kenikmatan yang besar di sana iaitu 
"kenikmatan memandang wajah Allah di akhirat"
jadi, pesananku, bahawa jadikanlah dunia ini sebagai ladang akhirat. Bercucuk tanamlah sehingga sampai waktunya tiba.
saya sentiasa mendoakan setiap dari kita  dapat meraih petunjuk daripada Allah, dan saya juga memohon agar Allah memberikan juga saya petunjuknya.
in sya Allah.
 Tak salah kalau kita mendoakan orang lain , bukan? apatahlagi orang itu adalah orang yang tidak kita kenali. Tambahan lagi, dia bukan islam, kita berdoa supaya mereka dapat mengenal islam dan memeluk Islam
Prays! Because Allah always listens !!!!!!!
Saya percaya Allah sedang mendengar dan melihat .
Jom berdoa .
:)  ;)  
Ya Allah, berikanlah kami petunjukmu dan peliharalah kami akan petunjukmu.
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang masih belum berpeluang untuk mengenal Islam dan menghayati keindahannya.
Agar mereka juga dapat mati bersama kami sebagai seorang muslim.
 Teringat saya di saat Rasulullah berdoa lalu Allah memberikan petunjuk kepada Umar dan allah menyesatkan abu jahal.

Semua itu atas kehendaknya.

kesimpulannya:
berilah ruang di hati kita untuk menerima petunjukNya.
dengan cara kita mendekatiNya.
In sya Allah.




Berjihad melalui kunci maya:



Ingin memetik kata-kata saudara ini:


in sya Allah, diiringi akan suntikan semangat kepada pejuang dakwah di alam maya ini untuk meneruskan amanat dakwah kekasih junjungan, baginda s.a.w.
wallahualam.
 
 
diambil dari blog ini..terima ksih atas prkongsian ini..

06 May 2013

random pic


 salam isnin semua..
Alhamdulillah Kedah kembali pada BN...
semoga Kedah terus membangun dibawah pentadbiran baru..

meh layan random pic dari mamanajlairis..




 peace yo dari adik iris..





 sabar menanti kek yg makteh masak...




 rosemary chicken..request dr anak2 sedara..
dah lama tak buat..

uikkk apa si kecik ni buat..
cuba memanjat peti ais mama..
sangat bahaya la budak ni..
suka explore sendiri..

p/s: puasa ganti arini..semoga terus bertahan..ada lagi 2 ari ni..

25 April 2013

KEHILANGAN

  • Anak anugerah serta amanah Allah.
    Namun ajal maut juga milik Allah. Jemputannya tidak mengikut susunan usia. Logik akal – sepatutnya – ayah dan ibu dijemput pulang mendahului anak. Tua mendahului muda. Begitulah Allah SWT menunjukkan Kehebatan dan KekuasaanNya, anak-anak di dalam kandungan tidak sempat pun menangis melihat dunia, ada yang tidak sempat mengenal kedua ibu bapa dan perginya ketika usia di peringkat remaja. Ada juga yang tidak sempat menamatkan pengajian universiti. Allah ya Allah, kematian tidak pernah mengenal usia, pangkat dan darjat.
    Apabila tiba waktunya anak-anak ini pergi, tiada siapa yang mampu menahan walaupun ibu bapa tersayang. Hakikatnya, anugerah dan amanah Allah ini perlu dikembalikan. Sesiapa pun pasti bersedih dengan perpisahan ini apatah lagi ia melibatkan dunia dan akhirat. Baginda Rasulullah SAW tidak terkecuali. Baginda SAW sangat bersedih dengan pemergian Sayyidina Ibrahim anak lelaki baginda.
    Namun kesedihan melampau sehingga mempertikaikan taqdir Allah boleh membahayakan aqidah. Realiti kehidupan, kelihatan ramai ibu bapa diuji dengan kematian anak. Sebagaimana yang saya nyatakan, ramai berfikir – sepatutnya - yang tua sepatutnya pergi dahulu. Lalu apabila yang muda mendahului mereka, pastinya ia mengundang kesedihan yang amat sangat. Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Hibban pernah bersabda,
    Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hambaKu?". Malaikat menjawab, "Ya". Allah bertanya lagi, "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?". Malaikat menjawab, "Ya".

    Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku?". Malaikat menjawab, "Ia bersyukur padaMu serta mengucapkan, "dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya, "Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu Rumah Kesyukuran".

    Ibu bapa dan anak merupakan kisah kehidupan. Mereka ujian kegembiraan dan juga mungkin dijadikan ujian kedukaan. Misalnya - seorang sahabat – sudah dikurniakan tiga anak perempuan. Mereka menanti-nanti anak lelaki. Mungkin ia tidak dinyatakan namun hati tentunya menaruh harapan dan impian. Akhirnya – dengan Rahmat Allah SWT – mereka dianugerahkan dengan anak lelaki. Allahu Akbar, maka sempurnalah kehidupan dunia dengan dihiasi tiga anak perempuan seorang lelaki.

    Allah menguji mereka.
    Anak lelaki comel ini dipanggil pulang oleh Allah SWT setelah hanya seketika di dunia ini. Kurang lebih dua bulan sahaja. Beliau pergi tanpa penyebab besar. Allah ya Allah, lemah longlai sahabat ini menerima taqdir yang datangnya begitu mengejut sekali. Buah hati yang sekian lama dirindu rupanya hanya singgah sebentar di dalam dakapannya. Namun kehidupan dan kematian ini sudah tercatat di dalam luh mahfuz taqdir itu. Mudah-mudahan mereka akan berkumpul sekali lagi di syurga. Anak kecil itu bakal menanti ibu dan ayahnya di akhirat nanti. In Sha Allah. 

    Mungkin ramai ibu bapa yang menghadapi ujian sebegini masih diselubungi kesedihan. Berikut dibawakan suatu kisah tamsilan. Mudah-mudahan ia memberi kelapangan di hati. In sya Allah.

    Seorang lelaki yang sedang dipenjarakan mempunyai seorang anak lelaki. Beliau amat sayang dan kasih kepada anaknya dan tidak mahu berpisah. Lalu beliau membawa anaknya tinggal bersama di dalam penjara. Di sebabkan kasih, beliau tidak mahu berenggang dengan si anak meskipun keadaan di dalam penjara susah dan gelap.

    Sultan penguasa negara tahu tentang perkara ini. Lalu baginda menawarkan tempat dan jaminan keselamatan kepada anak lelaki tadi. Sultan berjanji akan menjaga dan memberikan segala keperluan dan keistimewaan kepada anak lelaki itu. Syarat lelaki tersebut perlu lepaskan si anak dari sisinya di dalam penjara.
    Lelaki itu amat sedih untuk berpisah dengan anaknya walaupun Sultan menjamin keselamatan dan segala kebaikan untuk si anak. Malah lelaki itu juga akan bertemu dengan anaknya setelah keluar dari penjara suatu hari nanti. Namun rasa hiba dan tidak sanggup berpisah membuatkan lelaki itu menangis-nangis dan merayu jangan baginda mengambil anaknya kerana beliau akan kesunyian walaupun hati kecilnya tahu Sultan tidak akan memungkiri janji. Kawan-kawan menasihatinya. Mereka berkata,
    "Lepaskan anakmu, biarlah beliau bebas bergembira di luar sana. Beliau akan setia menantimu. Di luar sana tidak ada kesusahan langsung. Anakmu akan hidup di dalam istana yang indah dan sentiasa hampir dengan Sultan. Anakmu akan mendapat segala yang terbaik yang tidak ada di dalam penjara ini.
    Setelah engkau keluar penjara, engkau pasti akan bertemu dengannya tanpa rasa terpenjara lagi. Seharusnya engkau bersabar, tidak patut engkau memaksa anak itu tinggal di penjara yang sempit dan penuh kesusahan ini. Jangan lah engkau pentingkan diri, kasihani anakmu yang masih kecil ini. Biarlah beliau tenang dan bergembira di luar sana sehingga engkau kembali bertemunya.
    Akhirnya lelaki itu akur melepaskan anak yang dicintainya. Sehingga tamat tempoh beliau dipenjarakan, beliau bertemu anaknya kembali dalam suasana dan situasi yang sangat bahagia kerana tiada kesengsaraan lagi seperti di dalam penjara dahulu. Sultan benar-benar memenuhi janjinya.
    Demikianlah tamsilan mudah sebagai renungan. Penjara itu bayangan dunia. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda melalui riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibn Majah yang bermaksud, "dunia itu penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”.
    Ibu bapa yang tidak redha dengan kematian anak-anak mereka, umpama memaksa anak-anak tinggal di dalam penjara bersama mereka sedangkan kematian anak-anak itu adalah lebih baik. Mereka bebas dari belenggu dunia yang sempit. Malah mereka setia menanti ibu bapa mereka keluar dari penjara dunia. Marilah perhatikan butir-butir permata sabdaan Baginda Rasulullah SAW mudah-mudahan menjadi penawar hati bagi ibu bapa yang sedang bersedih. Rasulullah SAW pernah bersabda – riwayat Al-Bukhari – yang bermaksud,
    Tidak seorang muslim pun yang kematian tiga orang anaknya yang belum baligh kecuali Allah akan memasukkannya (yakni ibu bapa) ke dalam syurga kerana keutamaan rahmat-Nya kepada mereka. 

    Wanita-wanita yang keguguran atupun kematian anak kecil hendaklah membesarkan Allah SWT. In Syaa Allah, Dia akan membesarkan semangat dan hati-hati yang sempit dengan kehilangan tersebut. Anak-anak hak mutlak Allah. Lalu jika Pemiliknya mahu mengambil kembali haknya maka ibu bapa tidak berhak menahannya. Pemergian anak kecil bukanlah siksaan Allah kepada ibu bapa tetapi ia adalah kasih sayang Allah yang datang menghampiri. Perhatikan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim ini,

    Tidaklah salah seorang dari kalian yang kematian tiga orang anaknya, lalu ia sabar dan mengharap pahala dari Allah, kecuali pasti ia akan masuk syurga. Lalu berkatalah seorang wanita dari mereka, "Bagimana jika dua orang saja?" Rasulullah bersabda, "Meskipun dua orang".

    Balasan syurga itu adalah janji Allah dan tanda kasih sayang Allah. Dia menguji dengan kematian anak, tetapi Dia juga yang memberi balasan syurga di atas kesabaran dan keredhaan hamba menerima ujian yang diberi-Nya. Ibu bapa yang bersabar dan merelakan pemergian anak-anak mereka ke hadrat Allah Ta’ala akan mendapat keistimewaan disambut oleh anak-anak mereka sendiri dari mana-mana pintu syurga yang mereka inginkan sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda (riwayat Ibnu Majah dan Ahmad),
    Tidaklah seorang muslim yang meninggal tiga orang anak-anaknya sebelum mencapai usia baligh, kecuali mereka (anak-anak itu) akan menyambutnya dari pintu-pintu syurga yang lapan, dari pintu mana saja dia hendak masuk. 

    Baginda SAW – melalui riwayat Imam Tirmidzi dan Ahmad – bersabda yang ibu bapa kematian seorang anak juga akan mendapat keistimewaan ini,
    Barangsiapa yang memiliki dua pendahulu (yakni, anak kecil yang meninggal) dari kalangan umatku, maka beliau akan memasuki syurga. A’isyah berkata, “Bapakku sebagai tebusanmu, apakah orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk syurga)?".

    Baginda bersabda, "orang yang memiliki seorang pendahulu (yakni, seorang anak yang mati mendahuluinya) juga (akan masuk surga) wahai wanita yang diberi taufiq".

    Kesedihan kerana kehilangan adalah mainan perasaan. Saya akhiri catatan ini dengan satu pesanan untuk diriku dan juga ibu bapa yang menghadapi kehilangan anak-anak tersayang,
    Wahai ibu bapa yang bersedih,
    Sesungguhnya tidak ada sehelai daun yang jatuh di bumi melainkan dengan izinNya. Begitu juga tidak ada jiwa yang berpisah dari badan melainkan menurut ketetapan Tuhan yang Maha Esa. Namunapabila seorang hamba redha dengan ketentuan Tuhan, hamba itu akan disayangi Allah dan diganti dengan kebahagiaan indah dan abadi di akhirat nanti.

    Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaan Allah SWT.


    CREDIT UNTUK :BLOG INI